Saturday, February 28, 2009

Kegemilangan Pemerintahan Islam - Khalifah (Part1)

Kali ini aku ingin berkongsi sejarah kehebatan para Khalifah2 Islam di zaman kegemilangan pemerintahan Islam yg semakin ramai manusia lupakan kerana terlalu percayakan kehebatan sistem pemerintahan yg diperkenalkan oleh dunia Barat atau Yahuddi khususnya. Buktinya, begitu banyak pemerintah negara2 Islam yg mengaku mereka adalah negara Islam tetapi tidak mengamalkan apa yg telah diajar oleh Islam melalui Al-Quran dan hadith2 Rasulullah S.A.W. Tidak terkecuali adalah pemerintah negara kita sendiri yg lebih percayakan kitab barat yg dikarang oleh cendiakawan2 barat drp mempercayai Kitab Suci Al-Quran yg dikarang oleh Allah S.W.T. sendiri.

Aku pernah berbicara dengan org2 yg menyokong kuat perjuangan pemerintah negara kita sekarang ini, bila aku bertanya, kenapa kita tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam 100%? Jawapan yg mereka berikan adalah : "Negara kita negara majmuk, berbilang kaum, berbilang bangsa, mcm mana nak buat 100% Islam. Lagipun susah, itu tak boleh... ini tak boleh.. macam mana nak maju?"

Bila dengar statement2 mcm nie, adakah mereka bermaksud bahawa Allah S.W.T tidak memikirkan akan perkara2 tersebut semasa menurunkan Al-Quran dahulu? Adakah mereka bermaksud yg ajaran dan sistem pemerintahan yg telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. adalah sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dgn dunia moden yg penuh cemerlang, gemilang & terbilang ini. Adakah mereka bermaksud bahawa ajaran & sistem pemerintahan Islam ini masih tidak lengkap dan perlu diperbaharui melalui konsep Islam Hadhari yg mereka perkenalkan. Bagi mereka, Allah S.W.T mungkin tidak terfikir ttg apa yg akan berlaku di zaman millenium ni semasa menurunkan ayat2 suci Al-Quran dan dari itu, mereka akan membuat konsep baru yg mengambil ciri2 Islam utk diadaptasikan ke dlm sistem pemerintahan negara maju yg berbilang kaum ini. Jika itulah yg ada di dalam kotak pemikiran mereka, jelaslah bahawa apa yg mereka lafazkan dari mulut mereka tidak sama dgn apa yg ada di dalam hati mereka. Mereka selalu berkata bahawa Allah maha mengetahui. Jikta kata2 itu adalah ikhlas dari hati mereka, kenapa pula mereka perlu wujudkan Islam Hadhari?

Bagi yg tidak mengetahui apa itu Khalifah, maksud Khalifah adalah pemimpin. Khalifah Agung bermaksud pemimpin No. 1. Sbg contoh, Perdana Menteri atau presiden adalah Khalifah Agung bagi sesebuah Negara. Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah Khalifah Agung bagi sesebuah negeri. Berikut adalah petikan kata2 Tuan Guru berkenaan Khalifah:

"kita hidup di atas muka bumi ini perlu tahu bahawa sebelum Nabi Adam dihidupkan di dunia, Allah S.W.T. telah memberitahu kpd malaikat bahawa Dia mahu mencipta pengganti-Nya di muka bumi. Tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India semuanya adalah Khalifah di muka bumi. Oleh itu, kita perlu ikut apa yg Allah tetapkan. Halal dan haramnya Allah telah tetapkan. Sbg contoh DO adalah wakil Kerajaan. Apa sahaja yg diperintahkan oleh Kerajaan, perlu dilaksanakan oleh DO. Jika dia tidak laksanakan tugas dgn baik, dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Begitulah halnya dgn diri kita dgn Allah."

Kita mulakan dgn kisah Khalifah Umar Al-Khattab. Umar Al-Khattab adalah merupakan Khalifah Islam yg kedua selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W. yg menggantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Pada zaman Jahilliah dahulu, Umar adalah seorang yg sangat ganas dan kasar dan sgt digeruni oleh masyarakat. Berkat doa Baginda Rasulullah S.A.W., Allah S.W.T. telah membukakan pintu hati beliau utk memeluk Islam dan akhirnya beliau telah menjadi sahabat rapat Baginda yg telah dijanjikan Syurga oleh Allah S.W.T. Utk makluman, Umar Al-Khattab bukan sahaja digeruni oleh manusia, tetapi beliau juga amat ditakuti oleh para jin & syaitan di mana para jin & syaitan tidak akan berada di tempat di mana Umar akan lalui. Nabi Muhammad S.A.W. pernah menyebutkan Umar sebagai ar-rajulul mulha iaitu org yg diberikan ilham. Tarafnya di bawah sedikit drp Nabi.

Pernah pada suatu ketika, Umar Al-Khattab pd zaman pemerintahanya telah diberi makanan oleh gabenor Azerbaijan. Gabenor tersebut pernah memakan sejenis makanan yang dinamakan sebagai habish. Kerana lazatnya makan itu, dia terfikir utk mengutuskannya kpd khalifah Ummar al-Khattab. Ketika Umar merasa makanan itu, dia bertanya kpd utusan gabenor tersebut "Adakah makan ini yg dimakan oleh semua penduduk Azerbaijan?". Utusan itu mengatakan "Ini adalah makanan orang2 atasan" Khalifah Umar memulangkan kembali makanan itu kepada gabenor Azerbaijan dan lalu berkata "Makanan yg selazat ini bukan dibuat drp wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau kenyangkan perutmu. Kalau orang itu kenyang, akulah orang terakhir yg akan kenyang dan kalau orang itu kelaparan, akulah orang pertama yg merasai kelaparan itu".

Di dalam satu kisah yg lain, ketika menghadapi 70 tawanan Perang Badar, para sahabat Rasulullah S.A.W. mempunyai perbezaan pendapat. Abu Bakar as-Siddiq mengusulkan supaya tawanan itu dibebaskan dgn pembayaran wang tebusan drp keluarganya. Manakala Umar Al-Khattab mengusulkan agar tawanan2 ini dipancung kerana Allah akan mengetahui bahawa kita tidak bersimpati kpd aktiviti2 kaum musyrikin. Kerana sifat Rasulullah S.A.W. yg penuh dgn kasih sayang, pendapat Abu Bakar telah diterima. Akhirnya diputuskan setiap tawanan diminta membayar tebusan antara 1,000 hingga 4,000 dirham. Bagi yg tidak mampu, diharuskan mengajar 10 pemuda Madinah utk belajar membaca dan menulis. Pada keesokkan harinya, Rasulullah S.A.W. menangis bersama2 Abu Bakar. Apb melihat perkara tersebut, Umar Al-Khattab turut menyertai Baginda dan sahabat menangis. Setelah selesai Rasulullah memberitahu Umar, sekiranya Allah menurunkan bala semalam, maka hanya engkau sahaja yg akan terselamat. Allah S.W.T. telah memberi teguran dgn menurunkan ayat yg bermaksud spt berikut:

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai org2 tawanan sebelum ia dpt membunuh sebanyak2 di muka bumi. Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yg tidak kekal), sedang Allah mengkehendaki (utk kamu pahala) akhirat".

al-Anfal : 67 - 68

Jelaslah dlm perselisihan itu, pendapat Umarlah yg mendapat dukungan ayat al-Quran.

Our Part Time Business

Bagi yg masih belum mengetahui, aku & wife aku ada buat part time business. Jgn takut... kita org tak buat multilevel. Aku & wife aku mmg tak berapa minat sikit business2 multilevel nie. Sbbnye, kami agak was2 dgn keberkatan keuntungan yg diperolehi melalui sistem tersebut. Tak kisahle kalau kasi 1000 utg 1 juta pun, aku tetap tak nak join. Itu prinsip kita org la, tapi kalo ko org nak buat, itu hak ko org. Aku mmg dah tak boleh sbb was2 tu dah terdetik di hatiku.

Part time business yg kita org buat adalah menjual aksesori kaum hawa. Buat masa ini, antara produk2 yg kami jual adalah kain2 utk baju kurung, baju kebaya & seangkatan dgnnye; pelbagai jenis tudung wanita; cadar & sarung bantal; dan juga perhiasan wanita yg diimport terus dari Korea oleh syarikat sahabat aku (Epique Enterprise) seperti brooch, bracelet, chocker, pendants dan sebagainya.


Prinsip perniagaan kami, kami hanya menjual barang2 yg berkualiti tinggi sahaja dgn harga yg terbaik utk anda. So, kalau nak brg2 murahan, mmg kami tak jual. Sbg contoh, brooch2 yg kami jual adalah original brooch dari Korea. Harga dia biasanya dari RM 55 hingga ke beratus2. Kalau nak brooch yg murah2, mmg ada dipasaran, yg RM5 pun ada. Tapi tak sama mcm yg kami jual. Yg kami jual adalah sama spt KENJI, Denni, Dynasty dan sebagainya spt yg terdapat di Sogo & KLCC. Walaupun produknya exactly the same, tapi price yg kami tawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jika anda beli di pusat membeli-belah tersebut. Begitu juga dgn kain2 & tudung2 yg kami jual tu.

Utk memudahkan anda memahami konsep ini, ambil contoh jam. Jam RM5 pun ada, RM50 pun ada jugak, RM500 pun ada jugak, RM5000 pun ada jugak. Tapi kualiti jam RM5000, tak kan sama dgn jam yg ko org beli dgn harga RM50 atau RM5 tu. Tapi kesimpulannya, semua tu adalah jam jugak. Boleh paham ye...

Bersama2 ini, kami sertakan beberapa contoh produk2 yg boleh anda dapati drp kami:


Kain Utk Baju Kurung / Kebaya


Batik Rainbow


Korean Silk


Thai Silk

Cadar & Sarung Bantal






All 100% cotton & fitted






Tudung Wanita





Bawal 1 (batu maya karin)
Selain drp tudung yd dipaparkan ini, kami juga ada menjual tudung Ekin dan tudung ID (original). Sorry sbb semasa sessi bergambar nie, stock2 tudung tersebut telah habis dijual.

Woman Accessories - Imported from Korea



















Jika anda berminat utk memilik produk2 spt yg diwar-warkan ini, anda boleh lah menghubungi saya atau wife saya di talian spt yg anda dah ketahui. Utk aksesori wanita yg diimport terus dari Korea tu, anda juga boleh dapatkan terus dari ruang pameran Epique Enterprise di Jusco Bukit Raja & AU2. You can mention our names for a better price. Utk produk tersebut, kami tak simpan stock yg banyak kerana kebanyakkan stock akan dipamerkan di sana. Tapi kalau nak order drp kami pun, tak jadi masalah.

Friday, February 27, 2009

Promosi Filem Malaysia - Mawar Merah (28 Februari 2009)

Bagi siapa2 yg ada kelapangan pd hari Sabtu ini (28th February 2009) dan ingin beriadah bersama keluarga, FINAS ada menganjurkan tayangan kembali keindahan cinta sejati dlm filem "Mawar Merah" lakonan Raja Ema & Mustaffa Noor. Butiran lanjut tayangan adalah seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 28hb Februari 2009
Masa : 12.00 noon
Venue : Pawagam Coliseum, Jalan TAR

Bawalah seberapa ramai yg ko orang nak bawa sbb masuk adalah percuma. Kalau ke sana nanti, jgn lupa beli pop corn, RM 2 ringgit aje. Tapi itulah pop corn yg paling sedap aku pernah makan.

Sipnosis

Arti dihantar ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya merasakan dia semakin liar dan tidak dapat dikawal jika terus tinggal di Indonesia. Dia dipelihara oleh nenek dan bapa saudaranya, Sufyan yang masih bujang. Mereka jatuh cinta tetapi menyedari hakikat tidak mungkin dapat berkahwin, Arti dan Sufyan mencari penyelesaian

Wednesday, February 25, 2009

Jemputan Jamuan Tengahari - Shaiful Rizal Sulaiman


Bagi pihak Shaiful Rizal Sulaiman (SK Simpang), beliau menjemput rakan2 sekolah kita dahulu utk hadir ke majlis jamuan tengahari di kediaman beliau. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 28th February 2009
Masa : 12.00 tengahari
Venue : Dewam Vistaria Apartment, Jalan Desamellinia 1, Tmn. Desamellinia 47100, Puchong Perdana, Selangor

Sila rujuk peta lokasi majlis sebagai panduan nanti. Bagi yg berkelapangan, harap dpt hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Datang jgn tak datang..... (15x)

Tuesday, February 24, 2009

Perubahan Jadual - 1st Gathering 2009 (Bebudak Tepeng)

Memandangkan ramai ahli2 Exco kita yg tak dapat hadir ke persidangan Bebudak Tepeng kali pertama 2009 spt yg dijadualkan sebelum ini. Dengan ini saya selaku Subwoofer (bukan speaker) majlis mengumumkan tarikh baru persidangan adalah seperti berikut:

Tarikh : 14hb March 2009
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 petang
Venue : Kediaman rasmi aku di Puncak Jalil

Sila bawa bersama pasangan dan anak2 anda bagi memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran anda adalah wajib. Sekiranya anda tidak menghadirkan diri tanpa alasan yg munasabah, anda akan digantung daripada dewan selama 18 bulan. hehhehhee....

Adab Mendengar Azan!

Just nak share dgn ko org semua mengenai kandungan email yg aku terima baru2 nie. Sometime, kita tak perasan kepentingan perkara tersebut. Jadi, lebih baiklah kita mengtahuinya dan berhenti drp terus membuat kesilapan yg kita sendiri tak perasan. Renung-renungkanlah...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang .

Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .

Monday, February 23, 2009

1st Gathering 2009 - Bebudak Tepeng...

Seperti yg telah dimaklumkan sebelum ini, semua rakan2 seTepeng ku dijemput hadir ke majlis minum petang bersama rakan2 buat kali pertamanya utk tahun 2009. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 28hb Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 petang
Venue : Kediaman rasmi aku di Puncak Jalil

Sila bawa bersama pasangan & anak2 anda bagi memeriahkan suasana. Kehadiran anda amatlah dihargai.

Datang jgn tak datang.... 15x

Saturday, February 21, 2009

Anak Pok Chik - Dah jadi Pelakon...

Kenal tak siapa awek yg tgh possing nie? Kalau nak tau, ini le anak Pok Chik Suhaimi. Ala.. Pok Chik Mi Kelab Komputer Belia 4B dkt opis Umno cawangan Bukit Gantang dulu tu. Sekarang ni Ayu, anak Pok Chik tu dah jadi pelakon. Dah lama dah aku tak nampak minah nie kat Kpg. Sejak aku keluar dari Kelab Komputer, aku dah tak pernah jumpa langsung. Abg dia pun aku dah lama tak nampak. Kalau tidak, dulu2 rajin jugak abg dia nie ke Masjid. Dah berapa kali puasa & raya aku solat di Masjid dkt Kpg, tak nampak pun abg dia nie. So tak tau le perkembangan mereka semua.

Masa Alan kahwin hari tu, aku sempat berbual panjang dgn Pok Chik Mi. Masa tu dia kata anak dia si Syafiq bekerja dgn Perodua di Rawang & si Ayu ni dah jadi penari di Istana Budaya. Kalau istana budaya, aku tak biasa le sangat, tapi dulu2 masa zaman jahiliah, selalu juga aku mengikuti stage show & concert2 artis2 ternama di Malaya. Tak pernah pulak aku nampak dia sbg back up dancer dia org. Mungkin dia buat show dkt istana budaya aje kot.

Satu petang, masa tu cuti public holiday hari Isnin, aku lepak dkt umah aunty aku di Damansara. Masa tgh lepak2 sambil menonton tv sementara tunggu wife aku menyiapkan makan malam, tiba2 aku ternampak budak ni dlm siri tv Ceria2 Cikgu Rubina dkt tv3. Tgk muka mmg mcm muka anak Pok Cik Mi. Tapi masa tu tak confirm lagi sbb tak nampak nama pelakon tu. Kebetulan, minggu berikutnya juga merupakan cuti umum hari Isnin, so, aku luangkanlah masa tgk cerita tu lagi. Kali ini aku dpt tgk nama pelakon & wataknye. Ayu Syuhada sgb Julie. Sah le... mmg dia. Kalau ko org tak percaya, tengokle sendiri Ceria2 Cikgu Rubina pd hari Isnin jam 7.30 mlm, di TV3.

Lawatan Dania - 15th February 2009

Pada cuti hujung minggu yg lalu, 15hb February 2009, kami sekeluarga telah menerima kunjungan salah seorang sahabat karibku semasa menyambung pengajian dahulu. Kamil Hafidh, antara best student masa buat degree dulu berasal dari Kuala Selangor dan kini masih menetap di Kuala Selangor walaupun sudah beranak dua. Bro ni mmg selalu jugak dtg berkunjung ke rumah aku memandangkan kami berdua ada projek business bersama. Yg membuatkan kunjungannya kali ini agak istimewa adalah kerana anakanda & isterinya turut datang bersama. Kalau tak, selalunya dia dtg sorang2 aje. Lama jugak aku tak jumpa anak dia nie. Last sekali masa open house hari tu. Dah 2 tahun dah budak nie. Dah pandai le cakap sikit2. Nanyi pun dah pandai jugak. Lagu twinkle2 litle star. Tapi bila aku iringi nyanyian dia dgn keyboard. Takut pulak dia. Mulala gunakan kuasa vibrate mcm telefon bimbit vibrate sebelum dia menangis. First time aku tgk budak mcm tu.


Si Kamil ni, sekarang dah jadi full time businessman. Beliau kini dah ada dua gerai pameran produk2 perhiasan wanita yg diimport terus dari Korea. Beliau merupakan pemilik syarikat Epique Enterprise yg kini beroperasi di Jaya Jusco Bukit Raja Klang (berhampiran TGV) dan juga Jaya Jusco AU2 di Keramat. Siapa2 yg rasa nak beli brooch, bracelet & bermacam2 lagi perhiasan original dari Korea, kome boleh le terus berkunjung ke sana. Cakap aje kome kawan aku, InsyaAllah dia kasi best price punye. Tapi nama sebenar gua la ye. Nama timangan, nanti dia tak tau pulak.



Tetamu aku tiba di rumah kira2 hampir jam 8.00 mlm. Selepas duduk sembang2 sekejap, kita org pun makan malam bersama sebelum memulakan perbincangan utk projek business yg akan datang. Dlm pukul 10 - 11 mlm mcm tu, dia org pun berangkat pulang sbb esok masing2 nak sambung keje.

Thursday, February 19, 2009

Kemelut Negeri - Pandangan Peribadiku

Dah lama rasanya aku nak luahkan pandangan peribadi aku berkenaan apa yg berlaku di negeri kelahiranku. Tapi aku perlukan masa yg sesuai utk aku mengarang ayat2 aku ni memandangkan isu ini agak sensitif. Yelah, salah cakap, kang tido ISA pulak. Tapi setakat nak tidur ISA tu taklah menakutkan sangat jika dibandingkan dgn tido permanently di Neraka Jahanam nanti. Masa tgh dok panas2 hari tu, kebetulan minggu tu aku pulang ke Kampung. So, dpt la gambaran yg lebih jelas berkenaan apa sebenarnya yg terjadi di sana. Jika menonto tv semata2, memang agak mengelirukan. Dan itu yg berlaku di mana apb tiba di ibukota, ramai rakan2 yg bertanyakan perkara tersebut memandangkan mereka masih tidak dapat gambaran yg jelas melalui media2 rasmi yg ada.

Isunya simple aje, Suami isteri dah tak boleh nak bersama lagi. Jadi, perkara ini dirujuklah kepada Tok Kadi. Si suami, aku namakan sbg P (bukan nama sebenar) dan Isteri sbg N (bukan nama sebenar tapi ada kaitan dgn tajuk aku) dan Tok Kadi ni sbg S. Ada satu lagi watak utama yg aku namakan sbg B (kome tafsir le sendiri ye). Bila suami isteri ni dah tak boleh nak bersama lagi, jadi Tok Kadi pun mengesyorkan si P utk menceraikan isterinya. Tetapi, si P ini enggan menceraikan si N. Jadi apa yg sepatutnye dibuat? Si N sepatutnya mengambil option lain yang ada utk bercerai spt menuntut fasakh di Mahkamah. Tetapi apa yg berlaku disini, option lain yg ada tidak mahu digunakan, sebaliknya, keluar kenyataan dari pihak B yg berbunyi lebih kurang mcm nie: "kalau ko tak nak cerai, aku tetap menganggap si N ni dah diceraikan". Lepas tu, si B pun mengadap Tok Kadi dan terus angkat nikah. Pada pandangan anda, sah ke tidak perkahwinan tersebut?

Jika diamati betul2, tak ada pun kenyataan Pecat yg dikeluarkan melainkan kenyataan diarah meletakkan jawatan sahaja. Dan jika tuan punya badan enggan meletak jawatan, itu bermakna posisi masih belum kosong. Another option yg boleh digunakan adalah melalui pembubaran atau undi x percaya. Malangnye, kedua2 option ini turut tidak digunakan sebaliknya terus melantik yg baru. Isunya, dkt mana yg menyatakan bahawa posisi tersebut telah kosong?

Seperkara yg aku nak ingatkan pada rakan2 semua berkenaan bahayanya memperjuangkan bangsa.
Cuba rujuk semula pada surah Al-Fatihah yg kita baca pd setiap hari terutamanya pd setiap rakaat dlm Solat kita.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang2 yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang2 yang sesat".
Surah Al-Fatihah, ayat 6 hingga 7.
Dua golongan yg dimaksudkan dlm ayat tersebut adalah golongan Yahudi yg dilakhnati / murkai dan golongan Nasrani yg sesat. Cuba amati betul2, kenapakan dua golongan tersebut di pandang sebegitu rupa oleh Allah S.W.T.


Sebab utama golongan yahudi di lakhnati oleh Allah S.W.T adalah kerana mereka enggan mengakui Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasul. Puncanya adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. berketurunan Arab dan bukannya Yahudi mahupun Melayu. Mereka tahu akan kebenaran, tetapi mereka telah menyelewengkan apa yg telah dipelajari mereka melalui Kitab yg diturunkan oleh para Rasul terdahulu. Mereka mengambil apa yg dirasakan memberi keuntungan kepada mereka dan menolak apa yg dirasakan akan memberi kesusahan dlm kehidupan mereka. Yahudi amat tekenal sebagai golongan yg taksub dgn bangsa. Dan kerana sikap itulah mereka telah dilakhnat. Sehingga hari ini, Yahudi masih lagi terus memperjuangkan bangsa mereka dan merosakkan bangsa2 lain dgn ideologi2 yg mereka cipta. Muzik, sukan, seni lakonan, fahaman sekular, sistem ekonomi dan pelbagai lagi perkara dicipta oleh mereka utk melalaikan kita dgn perkara2 tersebut supaya kita terlupa ttg perjuangan sebenar yg dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Bukan Islam sahaja yg menjadi sasaran mereka tetapi termasuk bangsa2 lain di dunia ini. Contohnya, seorang pelumba kereta professional, hidup mati mereka adalah berlumba kereta. Apakah sumbangan mereka ke atas Agama mereka? Begitu juga dgn pemain badminton, ahli tinju, pemuzik dan sbgnya. Apabila perkara2 tersebut dijadikan keutamaan dlm hidup, sudah tentu mereka tidak mempunyai ruang yg banyak utk disumbangkan kpd Agama. Cuba lihat betul2, ada tak pejuang2 B buat perkara2 spt spg yg Yahudi buat tu?

Satu golongan lagi iaitu Nasrani, Golongan Nasrani golangan yg dikatakan sesat oleh Allah S.W.T. Mereka telah disifatkan sesat kerana telah menyekutukan Allah dgn menganggap Nabi Isa sbg Tuhan mereka. Mereka menolak ajaran yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dan tetap menganggap Nabi Isa sbg Tuhan mereka. Cuba lihat betul2, ada tak pengikut2 puak B buat perkara2 seperti itu? Ianya jelas kerana apb aku berbicara dgn mereka, dlm fikiran mereka, sekiranya kita tidak menyokong puak B, kita akan susah, ekonomi akan meleset, kita akan mundur, kemajuan tidak akan dpt dikecapi, idup kita tidak akan aman lagi. Teruslah menyokong mereka bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan idup yg telah kita kecapi akan terus berkekalan. Bagi aku, statement2 ini menggambarkan seolah2 parti mereka adalah Tuhan. Mereka lupa, apa yg kita kecapi selama ini adalah milik Allah S.W.T. dan ianya boleh ditarik balik pd bila2 masa oleh Allah walau siapa pun yg memerintah. Contohnya, kejadian Tsunami di Acheh dan Tanah Runtuh di kediaman mewah baru2 ini, apa yg parti tersebut boleh buat bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku.

Satu lagi perkara yg aku telah sedar kenapa kita tak boleh memperjuangkan bangsa. Kalau kita memperjuangkan Melayu, kita tetap tidak akan boleh berlaku adil kepada kaum lain. Ini adalah kerana kita bepegang kpd prinsip yg diamalkan oleh kaum Yahudi, iaitu kepentingan Bangsa. Bila kita memperjuangkan Melayu, sebenarnya scope kita adalah terlalu kecil. Setelah lebih 50 tahun kita memperjuangkan Melayu, di manakah kedudukan Melayu dimata dunia. Habis tinggi pun setakat bumi nusantara ni aje. Kejayaan yg kita kecapi sepanjang 50 tahun ni pun masih tidak boleh dibandingkan dgn kegemilangan kerajaan Islam di zaman Rasulullah & Khalifah-Khalifah terdahulu. Adakah Melayu sudah berjaya menanwan Rome atau Sepanyol? Malaysia pun tak dapat. Buktinya, berapa ramai org Melayu yg tesenarai dlm list org terkaya di Malaysia.
Bila minda kita ditanam dgn Melayu, maka apa yg terjadi di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Bosnia mahupun Selatan Thailand bukanlah masalah kita sbb mereka semua bukannye orang Melayu. Tetapi bila kita berbicara ttg Islam, masalah mereka adalah masalah kita. Kita perlu melakukan sesuatu yg lebih drp apa yg dilakukan oleh masyarakat bukan Islam di dunia yg turut sama membantu mereka atas dasar kemanusiaan.
Seperkara lagi aku nak kongsikan bersama iaitu soal Hudud. Hudud adalah hukum yg diturunkan oleh Allah melalui Al-Quran utk diamalkan oleh umat2 Islam. Apb kita mengucap dua kalimah Syahadah, maka secara automatiknya kita kena mengikut segala perintah Allah yg diturunkan di dalam Al-Quran melalui Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bolehkah kita mengubah hukum2 yg telah ditetapkan oleh Allah? Sbg contoh, "disebabkan ekonomi sedang meleset, dgn ini kerajaan mengumumkan solat wajib lima waktu akan dikurangkan kpd 3 waktu berkuatkuasa pd 1 Januari 2010. Ini adalah supaya masyarakat Islam dpt memberi penumpuan dlm usaha mempertingkatkan ekonomi negara". atau pun mcm ni: "Kerajaan menugumumkan bahawa puasa bulan Ramadhan pada tahun ini akan dipendekkan kpd 15 hari sahaja memandangkan ramai yg sudah hidup dlm kesusahan akibat kemelesetan ekonomi yg melanda dunia". Boleh ke kita ubah hukum2 ikut suka hati kita? Samalah juga dgn perlaksanaan hukum Hudud yg telah dinyatakan dlm Al-Quran.
Satu masa dahulu, ketika berlakunya pilihanraya kecil baru2 ini, telah diadakan debat diantara puak B & P. Antara yg dijadikan isu utk meraih undi oleh pihak B ialah berkenaan statement puak P yg bertegas akan melaksanakan Hudud sekiranya dpt memerintah Negara. Apb moderator pd majlis tersebut mengajukan soalan kpd calon ketua pemuda tersebut, "adakah saudara ***** akan memperjuangkan perlaksanaan hukuman Hudud sekiranya saudara terpilih menjadi ketua pemuda nanti?" dgn penuh jahilnya beliau menjawab "kita akan tetap dgn sistem yg sedia ada, itu sudah jelas". Bagi aku, jelas ianya adalah satu statement yg menunjukkan mereka telah DERHAKA kpd perintah Allah dan ajaran Baginda Rasulullah S.A.W. Yang lagi menghairankan aku, tak ada pula persatuan2 NGO Melayu yg kononya beragama Islam membuat laporan polis atau statement balas mempertahankan maruah Rasulullah & Allah S.W.T. Bila isu derhaka dkt Raja Melayu, bukan main lagi, sampai ada yg sanggup mati. Kalau betulle mati sbb perjuangan mcm tu, dkt mana le agaknya mereka ditempatkan nanti. Syahid ke mereka?
Sedikit peringatan kpd rakan2 dan diri saya sendiri. Kita dihantar ke dunia ini utk menghamba diri kpd Allah S.W.T. dan menegakkan syiar Islam melalui ajaran2 yg telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Cuba pikir betul2 berapa lama tempoh kita hidup di alam dunia ini. Paling2 lama pun, 70 tahun? 80 tahun? 90 tahun? Lepas tu, berapa lama pula kita akan menjalani kehidupan di alam Barzakh atau alam kubur? Jawapanya, dari hari kita dikebumikan hinggalah hari dibangkitkan semula dihari pembalasan. Dah berapa lama nenek moyang kita hidup di alam tu? Sudah tentu lebih lama dari umur mereka ketika idup di Dunia. Apa yg kita lakukan di dunia, itulah yg menentukan nasib kita di alam Kubur yg ternyata lebih lama dari kehidupan dunia yg ko org agung2kan tu sampai sanggup melanggar hukum Allah utk idup selesa dimuka bumi yg sementara ni. Selepas alam kubur, kita akan dihantar ke tempat milik kekal masing2. Dua aje tempatnya, kalau tak Syurga, Neraka le. Di sana kita akan idup kekal sampai bila2. Jadi kalau nak pikirkan keselesaan idup, aku sarankan pikirla sejauh sana tu ye. Jgn pikir setakat dunia aje. Siapa yg lebih advance? puak B or puak P?
Cuba rujuk petikan ayat berikut, ayat yg org2 Melayu suka baca pd setiap malam jumaat atau kenduri Tahlil:
"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan org2 yg telah mati;, apabila berlaku yg demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing2 (untuk) mengadap Tuhannya. (Pada ketika itu) org2 yg tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yg membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kpd mereka); "Inilah dia yg telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Permurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!.
Surah Yaa Siin, ayat 51 - 52.
Secara rumusannya, marilah kita semua kembali kpd ajaran Al-Quran yg telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Apa yg kita perjuangkan selama ini bukanlah perjuangan yg dituntut oleh Allah S.W.T. Kembalilah kpd Islam. Keadilan akan dpt dinikmati oleh semua golongan sekiranya sistem pemerintahan Islam diamalkan sepenuhnya. Bukan shj keadilan kpd golongan bukan Islam, tetapi jugak kpd haiwan dan seluruh hidupan di alam ini. Sbg contoh, hukuman pancung kepala dlm hukum Islam, ramai org menganggap ianya kejam. Hakikatnya, nyawa pesalah yg menerima hukuman akan terus terputus apb kepalanya bercerai dari badan. Pesalah tidak akan rasa terseksa. Bagi kita yg melihatnya akan merasakan ianya sgt ngeri hinggakan tidak berani membuat kesalahan spt yg pesalah itu lakukan. Tidak bagi sistem hukuman ciptaan manusia, spt hukuman gantung, tembak atau kerusi elektrik. Ianya tidak mengerikan pada pandangan mata kita tetapi akan menyeksa pesalah kerana mereka tidak mati serta-merta.
Aku tak mengajak kome semua menentang golongan puak B tetapi mengajak semua org Islam bersatu memperjuangkan Islam. Dgn cara itulah keutuhan Melayu yg diperjuangkan selama ini dan keutuhan semua kaum2 yg ada akan dpt bersatu dan hidup dlm aman & sejahtera dgn diberkati oleh rahmat dari Allah S.W.T. Kalau memperjuangkan ketuanan Melayu semata2, siapa yg nak bela saudara2 baru kita dari kaum2 bukan Melayu. Itulah bahayanya kalau semua kaum memperjuangkan kaum masing2 spt mana yg diamalkan oleh org2 Yahudi lakhnatuLLah. Allahuakhbar!

Final Stage of Completion - Our New Home

Seperti yg diwar-warkan sebelum ini, tahun 2008 mungkin menjadi tahun terakhir kami membuat majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman kami di Puncak Jalil. Setelah lebih empat tahun kami menyewa di Taman Puncak Jalil, rasanya sudah tiba masanya utk kami berhijrah ke rumah milik sendiri. Walaupun sebelum ini kami telah pun membeli sebuah rumah di Precint 11, Putrajaya, tetapi kami tidak pernah menginap di rumah berkenaan. Sebaliknya rumah tersebut disewakan kepada salah seorang rakan karib aku yg bertugas di Cyberjaya. Salah satu sebab kami tidak menginap di sana adalah kerana jarak untuk kami ke pejabat yg agak jauh dan kami juga agak selesa menginap di rumah sewa di Puncak Jalil. Pada asalnya, aku dan isteri tidak pernah merancang utk membeli rumah lain di Kuala Lumpur. Perancangan asal kami adalah hendak membeli sebuah tanah di Tepeng utk projek rumah idaman kami bila nak bersara esok.
Satu hari ketika kami sedang membeli-belah, kami terserempak dgn pihak developer yang sedang mempromosi Projek Kondominium mereka di Seri Kembangan. Dari situ mula timbul minat utk memiliki rumah tersebut. Tapi apakan daya, masa tu masih belum ada kemampuan utk memilikinya. Alhamdulillah, berkat doa dan rezeki yg dikurniakan oleh Allah, tahun lepas kami berkunjung ke pejabat Developer yg terletak berdekatan dengan projek perumahan tersebut. Alangkah gembiranya kami kerana masih terdapat beberapa unit sahaja lagi yg masih belum dijual. Kami pun bersetuju utk membeli salah sebuah unit yang ada memandangkan kami berdua mungkin akan menatap & bekerja di Kuala Lumpur dalam tempoh yang agak lama lagi. Yang bertambah menarik perhatian kami utk membeli rumah tersebut adalah kerana jangkaan tempoh siap rumah tersebut adalah pada awal tahun 2009. InsyaAllah, kalau mengikut jadual dari pihak Developer, penyerahan kunci akan dibuat dlm bulan March 2009. Sekiranya tiada apa2 masalah, mungkin dalam bulan April ata May kami akan berpindah ke rumah tersebut. Jika ada siapa2 yang berminat untuk menyewa rumah yang kami diami di Puncak Jalil sekarang ni, bolehla beritahu. Tapi, kalau nak duduk situ, kenalah tunggu sampai kami pindah dulu ye.... Esok kalau dah pindah, gua nak ajak lu org main badminton tiap2 minggu. Ada berani kaa....







Wednesday, February 18, 2009

Balik Kampung - 7th February 2009

Setelah beberapa bulan tak pulang ke Kampung, aku & wife aku sepakat mengambil 2 hari cuti tahunan kami untuk pulang ke kampung bersempena cuti umum Thaipusam yang lalu (aku tak sambut ye!). Kali ini perjalanan kami agak berbeza, kebiasaannya kami akan bergegas ke Kampung pada jam 3 - 4 pagi selepas hari bekerja Jumaat. Perjalanan kali ini terpaksa ditunda ke hari Sabtu disebabkan wife aku dah booking ticket menonton Teater Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya lebih kurang 2 bulan yang lalu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya dan pertama kali aku menonton persembahan teater secara live, satu pengalaman yg memang menghiburkan. Yang sayangnye, aku terlupa nak bawa camera pd masa tu, so, tak dpt la nak berposing2 dkt sana masa tu walaupun mmg ramai org yg berposing. Tak pa, next time gua nak tgk teater P. Ramlee pulak, kalau ada le. Show kami bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 6.00 petang. Dgn teknologi, yg ada di Istana Budaya tu, terkejut jugak le para penonton melihatkan kesan2 khas yg dipaparkan semasa pementasan teater tersebut. Dari 5 stars, gua kasi 5 jugak le. Mungkin kerana teruja sbb pertama kali. Berikut adalah sedutan persembahan Teater tersebut utk tatapan anda:



Selesai aje show, kami lah org pertama yg keluar dewan sbb nak kejarkan masa. Kepala dah ingat kpg aje, nak pegi terus tak boleh sbb nak kena jemput anak tercinta yg setia menanti dkt rumah. Lepas selesai solat Maghrib, kami pun jalan le. Kira2 jam 8.00 mlm, kami dah masuk highway PLUS melalui Damansara. Sepanjang perjalanan, aku drive sorang2 aje. Nasib baik prime time, kalau ikut masa perjalanan biasa kami, tak termampu aku nak drive sorang2.



Bila drive sorang2, aku pun tekan le lebih2 sikit. Lagipun jalan clear, dengan harapan tak ada le polis yg bertugas pada ketika itu. Aku baru aje sattlekan saman2 yg tertunggak dulu. Record gua dah clean. Harapkan darling aku, masa tu dia sakit kepala sbb masa keluar petang tu cuaca diluar agak panas. Nak harapkan anakanda yg tercinta tu, tgk le, dia pun join tido jugak.

Kami tiba di rumah mertua aku kira-kira jam 11.00 malam. Pagi tu Ibu mertuaku masak nasi lemak dgn sambal kacang & ikan bilis sebagai hidangan sarapan pagi. Mmg sungguh menyelerakan sbb dah lama aku tak makan. Lepas breakfast, aku & wife pun bersiap2 nak ke rumah orang tua aku pula. Tak sabar rasanya nak jumpa D-Boy (anak saudara aku) yg peransan comel tu.


Pandangan waktu pagi di rumah mertua ku. (nampak tak spacey kat depan pintu)



Inilah D-Boy yg perasan comel tu. Comel aku lagi masa kecik2 dulu. Nama sebenarnya Izafri. Anak kpd abang sulong aku. Cucu pertama parent aku. Buat masa ni dia sorang le cucu yg parent aku ada. Manja tu lebih sikit le. Tugas dia, mengacau kehidupan harian ibubapa aku semasa mak & bapa dia pergi keje. Umur lebih kurang 2 tahun lebih. Belum berkahwin. Tak boleh cakap lagi. Yg dia tahu.... Bas.... Itik.... Cicak.... Car.... & Kipas....

Bergambar mesra dgn Pak Ngah dia...

Setelah beberapa ketika bemesra dgn si D-Boy dkt rumah orang tua aku, aku & wife bersiap-siap nak ke swimming pool. Dah lama jugak aku tak terjun. Aktiviti swimming ni mmg aktiviti wajib dlm jadual aku setiap kali pulang ke kpg. Lebih kurang jam 3.30 petang, kami pun berangkat lah ke swimming pool tempat kami selalu pergi tu. Bila sampai aje di sana....

Dengan sedih dan kecewanya aku duduk aje kat kerusi rehat berdekatan pool tu. Mana idaknye, color air tu, dah sama mcm color air kat taman tasik tepeng. Kalau ada buaya dlm tu, mmg ko org tak akan nampak punye.




Yang aku heran tu, mcm mana bebudak ni boleh terpikir nak terjun jugak. Tak menjaga kecantikan betul le budak2 nie. Bukan pool yg dekat ni, cuba tgk pool belakang sana tu, kan hijau airnye. Pool yg dkt ni pool budak2. Buat penat aku salin baju aje kalau aku terjun pun. Dengan penuh rasa hampa & kecewa, kami pun pulang ke rumah mertuaku. Selepas selesai solat Maghrib & makan malam, aku & wife bersiap2 utk mengadap Opahku dan sanak saudaraku di sana.



Pemadangan di hadapan rumah opahku pd waktu malam

Setibanya di rumah Opahku, spt biasa bila cuti hujung minggu & cuti2 umum, parlimen pun bersidang le... Dah jadi tradisi dkt situ. Kalau hari biasa, keadaan di sana kembali sunyi dan sepi. Sempat juga wife aku berniaga semasa persidangan tersebut berlangsung. Turut hadir dlm persidangan tersebut adalah D-Boy yg comel loteh tu.
D-Boy sebelum melelapkan mata di rumah Opah






Mlm tu aku overnite dkt rumah parent aku. Inilah pemandangan rumah parent aku di waktu pagi. Bagi kome2 yg belum pernah sampai kat umah ni, parent aku dah 3 tahun pindah kat umah ni. Umah lama tu, abg aku yg duduk skg. Rumah ni tak jauh pun dgn rumah lama, jalan kaki pun sampai. Antara yg tinggal berdekatan kawasan tersebut adalah keluarga Amin. Kalau nak dtg mcm biasa, Hari Raya Kedua tiap2 tahun. Datang ajele.


Pagi tu, mcm biasa, kami akan sarapan dengan apum kegemaranku dan roti canai. Setelah selesai sarapan, aku menghabiskan masa melatih bakal pemain bola sepak negara. Nampak betapa besonye bola yg kami gunakan masa sessi latihan.


Aksi D-Boy ketika sessi latihan



Kenderaaan rasmi D-Boy
Wajah keletihan selepas menjalani latihan


Selepas selesai, aku pun balik ke rumah mertua utk mengadap anakanda tercinta
Selepas menonton Majalah 3 baru2 nie. Teringin pula aku nak makan mee udang kat warung Mak Teh di Kuala Sepetang. Sebelum ni pernah pergi sekali. Itupun beberapa tahun yg lalu. Lepas tgk program hari tu, rasanya mcm teringin sgt pula. So, kami pun berangkat la ke sana.


Kami pergi lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Masa tu dah hari Selasa. Hari orang bekerja. Alangkah terkejut nye aku masa tu pun ramai orang. Dia orang ni tak kerje ke??? Nak parking pun susah. Last2 aku parking aje dkt garaj kedai tu. Buat selamba aje.



Keadaan ruang letak kereta di warung Mak Teh Kuala Sepetang



Ini dia Mee Udang yg ko orang idam2 kan. Udang dia mmg sedap. Aku yg tak berapa suka udang ni pun jadi suka pulak.



Aku & wife aku pulan ke KL pd pagi hari Rabu. Sebelum pulang, kita org pekena apum dulu dkt rumah parent aku sambil ditemani oleh si D-Boy yg semakin nakal tu. Kami betolak dari rumah parent aku kira2 jam 10.00 pagi dan tiba di Kinrara pd jam 1.00 petang. Alhamdulillah selamat sepanjang perjalanan.


Tak reti nak duduk diam. Dia pegi main alat penimbang berat dkt dlm bilik pulak


12 Kilogram aje