Friday, June 26, 2009

Hilangnya Sebutir Bintang...


Awal pagi ini aku mendapat sms dari sepupu aku (Mat) yg kebetulan sedang berada di LA California. SMS yg mengesahkan kematian King of Pop Michael Jackson atau nama Islamnya Mikhail pd usia 5o tahun. Mengikut laporan yg aku baca pagi ini, Michael Jackson telah dibawa ke UCLA Medical Centra LA pd jam 12.21 tengahari (waktu LA) selepas 911 mendapat panggilan kecemasan dari kediaman beliau. Beliau dikatakan sesak nafas dan Koma sehinggalah pd jam 3.15 petang (waktu LA), pihak UCLA Medical Centre telah mengesahkan kematian beliau.

Michael Joseph Jackson @ Mikhail (29th Aug 1958 - 25th June 2009), telah memulakan karier muziknya seawal usia 11 tahun bersama-sama 4 lagi abg beliau melalui kumpulan The Jackson 5. Beliau kemudiannya memulakan karier solo beliau pd tahun 1971 ketika masih menganggotai kumpulan tersebut. Antara album solo beliau yg mendapat sambutan yg cukup hebat di serata dunia adalah spt Off The Wall (1979), Thriller (1982), Bad (1987) & Dangerous (1991). Micheal Jackson juga cukup terkenal dgn penghasilan muzik video yang menarik spt Beat It, Billie Jean, Thriller, Black or White, Remember The Time dan sebagainya. Jacko juga sempat membintangi sebuah Film, Moonwalker pd tahun 1987 yg selalu aku ulang tengok dgn Mat masa kecil2 dulu. Sepanjang kariernya, Jacko pernah menerima 13 Grammy Awards. Jumlah penjualan albumnya yg dipasarkan ke seluruh dunia telah pun mencapai jualan lebih daripada 750 juta yg menobatkan beliau sebagai "Most Successful Entertainer of All Time".

Aku juga merupakan salah seorang peminat Michael Jackson yg kronik suatu ketika dahulu. Selain dibesarkan dgn muzik video dan lagu2 Michael Jackson yg selalu aku ulang dengar & ulang tonton semasa kecil dahulu, satu peristiwa yg aku tak dapat lupakan, semasa sekolah menengah dahulu, aku & rakan2 suka bertukar2 koleksi kaset Michael Jackson. Salah seorang rakan aku yg kaki ponteng sekolah telah meminjam kaset Jacko member aku (Badaruddin) yg merupakan seorang budak baik & pandai. Satu hari ketika member aku yg nakal ni hadir ke sekolah, si Badaruddin ni pun tuntutlah kaset dia balik dgn berkata "Esok Hang bagi balik kaset Michael Jackson aku. Kalau hang tak bawa, aku bakar rumah hang". Malangnya, keesokan harinya si mamat ni tak datang jugak. Setelah bebrapa hari memonteng, isu ini dah sampai ke pengetahuan bapa si budak nakal ni. Bila cikgu & bapa dia tanya kenapa dia tak nak datang sekolah, si budak nakal ni beri alasan yg dia takut nak datang ke sekolah sbb ada budak ugut nak bakar rumah. Tak pasal2 si badaruddin ni kena panggil dgn pengetua. Bila dibilik pengetua, pengetua terkejut... "budak ni yg ugut awak nak bakar rumah" disebabkan reputation si Badaruddin ni sgt baik... depan kita orang jugak si budak nakal ni kenal sebat dgn pengetua. He... He... He.... Antara lagu Jacko yg menjadi kegemaran aku ialah... I'll Be There, Ben, Man in the miror, Billie Jean, The way you make me feel, Heal The World, Smooth Criminal, Dangerous, Dirty Diana, You are not alone, I just can't stop loving you, ...... (banyak gile beb)

Apapun... perginya Michael Jackson adalah satu kehilangan besar dlm industri muzik dunia. Bagi aku, kehilangannya adalah sama seperti kehilangan Elvis Presley dan Tan Sri P. Ramlee. Hopefully Mat tak melepaskan peluang keemasan utk menghadiri funeral Legenda Pop Michael Jackson di LA...

Thursday, June 25, 2009

Rutin Seorang Ulama'

Berikut adalah paparan rutin seorang Ulama' tersohor yg amat dihormati. Utk renungan & tatapan bersama:




































Wednesday, June 24, 2009

Medic Week!


Minggu ini merupakan minggu rawatan buat kami. Ketiga-tiga makhluk bernyawa yg tinggal bersama di kediaman kami telah menerima rawatan utk penyakit masing2.

Ianya berluma pada 15hb June 2009, kira2 jam 3.00 pagi. Aku & wife aku telah dikejutkan dari tido oleh si Memey. Entah apa hal pulak dia bising2 suruh kami berdua bangun. Agak panik pagi tu sbb dia nampak mcm sdg dlm kesakitan. Kami berdua agak buntu, tengah mlm-mlm mcm nie mana ada klinik veterina yg masih dibuka. Lebih kurang jam 3.20 pagi, semasa kami letak si Memey dlm kandang, dia telah selamat melahirkan seekor anak. Mmg confuse… kalau tgk fizikal dia, tak nampak mcm dia mengandung pun. Lagipun mlm tadi elok aje dia melompat kesana-sini. Masa bila dia mengandung?


Anak kucing mix parsi yg telah selamat dilahirkan agak colorful. Main color warna orange, campur putih & hitam sedikit. Kami suspect dia ni betina, so, kami namakan dia sbg Sharifah Sookie. Berita kelahiran ini telah pun kami maklumkan kpd tuan sebenar Memey (jiran kami), dan jiran kami tu telah menghadiahkan Sookie kpd kami sbg hadiah kerana kami telah menjaga Memey semasa ketiadaanya. Buat masa ini Memey akan menetap bersama kami sehingga selesai tempoh menyusukan anaknya.

Yg lebih kelakar, menurut tuannya, si Memey ni dah 3 kali melahirkan anak. Semuanya seekor-seekor aje. Masalah si Memey ni, dia tak suka menyusukan anak. Anak pertama dkt kpg tuannya, kucing lain yg menyusukan. Anak kedua mati sbb tak ada kucing nak susukan. Hari pertama dia lahirkan Sookie ni pun sama juga. Dia boleh duduk lepak dgn kami berdua dan biarkan anaknya duduk seorang diri dlm almari. Hari kedua dah okey pulak. Dia duduk dgn anak dia sepanjang masa. Maybe dia tahu kot yg anak kali ini nak diberikan kpd kami, sbb tu dia jaga elok2 agaknye. Hopefully dia tak buat perangai sepanjang tempoh menyusu nie.


Sookie semasa berusia 1 hari



Anak kucing paling besar yg pernah aku jumpa

Penerima rawatan yg kedua ialah aku sendiri. Pd hari kelahiran Sookie, aku telah diberi MC selama 2 hari akibat LED mata kanan aku yg dah merah menyala mcm terminator. Bagi mengelak ianya berjangkit, maka Dr suruh aku berehat di rumah. Hajat aku tak nak MC mcm tahun lepas tidak kesampaian. Sehingga kini, dah 5 hari aku MC tahun ni. 3 hari masa awal tahun sbb demam lepas balik gym akibat over exercise (tak boleh bangun beb!).

Penerima rawatan yg ketiga ialah wife aku yg telah selamat menjalani pembedahan kecil di dahi kirinya kerana mengalami sedikit ketumbuhan. Kami telah berjumpa dgn Dr. pd hari Selasa 16hb June yg lalu (semasa aku MC) dan telah bersetuju menjalani pembedahan pd hari Jumaat, 19hb June di Hospital Pakar Damansara.
Sehari sebelum operation, kami telah bermalam di rumah Aunty aku di Damansara. Keesokkan harinya, kami tiba di Hospital seawall jam 8.30 pagi. Wife aku telah diarah utk berpuasa sebelum menjalani pembedahan. Selepas registration, kami telah di tempatkan di ward day care sementara menunggu giliran utk dibedah. Wife aku telah dibawa ke operation theater kira-kira jam 11.20 pagi dan dibawa semula ke ward day care kira-kira jam 1.00 petang. Dia tidak sedarkan diri sbb Dr. kasi bius abis. Alhamdulillah, dlm keadaan tergesa2 sempat juga aku solat Jumaat di Tmn. Tun. Wife aku hanya sedar semula kira2 jam 5.00 petang. Kesian dkt jururawat bertugas yg terpaksa kerja lebih masa menunggu wife aku sedar & terpaksa membersihkan lantai ward yg kotor disebabkan wife aku yg termuntah sampai 2 kali. Kami terpaksa bermalam sehari lagi di rumah aunty aku sbb wife aku masih mabuk kesan drp bius. Dia hanya betul2 sedar pd pagi keesokan harinya. Walaupun dah sedar, dia masih weak akibat kurang makan agaknye. Terima kasih kpd Dr. Naqiyah, Dr. Wahida, Liza (Asst. Dr. Naqiyah) & jururawat Ward Day Care di atas perkhidmatan cemerlang yg telah diberikan sepanjang tempoh rawatan.
Fatiah yg tak dibenarkan breakfast


Aku on aje...


Ceria sebelum menjalani pembedahan


Sementara nak tunggu giliran...


Gua okey aje..


Tidak sedarkan diri selepas operation...


Sunday, June 14, 2009

Krisis di Kamunting Perak...


Aku yakin ramai sahabat-sahabat yg dah tahu ttg konflik yg berlaku di Taiping. Terus-terang aku agak kecewa dgn apa yg dah belaku. Dari maklumat yg aku terima, sudah tiga org yg telah terkorban. Aku harap kita semua dpt tenangkan diri dan merujuk semula kpd Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W. sebelum membuat sebarang tindakan. Jgn biarkan perasaan marah menguasai diri kerana apb kita sedang marah, syaitan yg akan mengawal diri kita. Sebarang tindakan haruslah dibuat kerana Allah dan bukannya mengikut bisikan syaitan.
Mengikut ajaran Islam, setiap individu yg didapati bersalah kerana membunuh hendaklah dihukum bunuh. Serahkan kpd pihak berkuasa utk mendapatkan pembunuh tersebut dan harap dpt dihukum dgn adil. Pukul random mengikut jenis kaum yg sedang cuba dilakukan bukanlah cara yg dibenarkan oleh Islam. Adap berperang, pihak musuh bawa tentera mereka dan kita bawa tentera kita dan adakan peperangan secara rasmi. Kanak2, warga tua, kaum wanita & rumah2 ibadah adalah haram dijadikan sasaran.
Aku rasa bende ni tak perlu sampai berperang. Semua pihak perlu tenang dan serahkan kpd pihak berkuasa utk menyelesaikannya. Mereka2 yg telah membunuh tu perlu dibawa kemuka pengadilan dan adalah sangat tidak adil jika dilepaskan begitu saja. Harap semua pihak dpt beri kerjasama agar perkara ini tidak berlarutan.

Tuesday, June 9, 2009

Cuti Sekolah - June 2009


Bila tiba musim cuti sekolah, ramai yg akan mengambil cuti panjang utk membawa anak2 berjalan-jalan. Bagi org2 yg masih belum dikurniakan anak2 nie, masa inilah kami dapat menikmati suasana kerja yg tenang & selesa. Biasanya , bila cuti sekolah, aku & darling aku tak ambil cuti kecuali Hari Raya le.. Masa ni le waktu paling best nak ke pejabat. Traffic pun clear aje. Rileks giler…

Walaupun tak bercuti, ada juga beberapa aktiviti menarik yg sempat kami jalankan sepanjang cuti sekolah ini. Antaranya ialah gathering bebudak Tepeng (Lelaki shj) yg telah diadakan pd 4th June 2009 di Island Red Café, Equine Park Seri Kembangan. Majlis telah berlangsung dari jam 8.30 pm hingga hampir2 jam 11.00 mlm. Yg sayangnya, ramai yg tidak hadir. Rakan2 yg sudi meluangkan masa pd mlm tu hanya aku, Izwan & Amin sahaja. Antara isu yg sempat dibincangkan ialah perancangan utk buat gathering monthly or quarterly. Cadangan lokasi sbg port kita ialah area Sungai Besi supaya semua org senang hadir. Harap rakan2 sekalian sudi meluangkan masa utk next gathering.











Pd 5th June 2009, aku & darling telah bersetuju utk menjaga kucing jiranku (Sharifah Memey) & kucing rakan sepejabatku (Chomel) kerana tuan2 mereka akan pergi bercuti. Sharifah Memey ni mmg dah biasa duduk dgn kami, so tak ada problem pun. Kalau ikut hati dia, mmg dia nak duduk dgn kami terus, tapi apakan daya… Si Chomel ni mmg ada masalah sikit. Mcm si Chemong… baru pegang dia dah cakar… Si Chomel ni masih kecil, so dia over protective sikit. Semua org pun dia ingat musuh. Kami hanya berjaya menjinakkan dia selepas 3 hari tinggal bersama. Yg sayangnya, hari keempat tuannya dah datang ambil balik. So sempat bermanja-manja sekejap aje…




si Chomel dgn gaya tersendiri





Pose dia yg paling cantik yg sempat aku rakam


Menyorok ketakutan di belakang sofa


Memey buat don't know aje dkt si Chomel














Pd 7th June 2009, selepas seharian tak keluar rumah sbb meluangkan masa dgn kucing2 angkat kami, kami decide nak pergi melawat Ujang yg akan perform as main guitarist utk concert Mentor mlm tu. Dah lama jugak kami tak pergi show2 nie. Selepas solat Asar, aku & darling bergerak ke Tmn Dato Senu, Sentul sbb nak makan dkt gerai nasi lemak belakang padang bola tempat kami selalu lepak dulu merangkap nak jumpa Nan (adik ujang) sekali. Malangnya, gerai nasi lemak tu tutup pulak. Lepas makan dkt satu kedai tom yam, aku, dariling aku & Nan bergerak ke Shah Alam. Sempat jugak kami lepak dgn Ujang & rakan2 pemuzik yg lain dkt Syed Bistro sebelum mereka semua kena masuk standby for the show. Selesa juga show dkt Wisma MBSA. Parking pun senang, tempat nak bersolat pun Ok. Sebelum habis show, kita org gerak dulu, sbb tak nak bersesak dgn pegunjung yg lain & nak balik awal sbb esok nak kerje beb. Masa Ujang call cari kami, kami dah di atas federal highway. InsyaAllah, nexti time kalau ada cuti umum hari Isnin, boleh le lepak2 lepas show.


Nan & aku sementara pintu dewan dibuka


darling gua siap bawa beg telekung...


Pandai jugak si Nan ambil gambar ni..





Ujang sempat pose sebelum show bermula














Sound check...


Yg muka mcm baik ni... anak Man Kidal..


Para penonton yg dipaksa berdiri


Nan pun berdiri jugak


Ally sbg hos show


Juri professional, Adnan Abu Hassan & David Aramugam..


Awie...


Black.. vocal dia power gile..


Awie & Keena... bawa naik motor cun wooo..