Friday, January 22, 2010

Lama Tak Jumpa...



Beberapa hari yg lalu, kami berpeluang bertemu dgn beberapa rakan2 karib yg dah lama kami tak jumpa. Yelah.. masing2 sibuk. Walaubagaimanapun, terima kasih buat mereka kerana sudi berkunjung ke kediaman kami baru2 nie. Kalau tak, entah bila le kita dpt bertemu... asyik dgr suara ajelah...

Pada 16hb Januari 2010, sahabat aku, Kamil & family telah sudi melapangkan masa menziarah kami di rumah. Kali terakhir kami berjumpa, semasa Aidilftiri yg lalu. Lebih kurang 3-4 bulan jugak.. Dah semakin beso anak2 dia... si Kakak sampai menangis masa tiba sbb confuse.. kenapa umah uncle dah lain... Lepas dinner, bawa bebudak mandi pool, baru le dia org okey...





Kamil & family




Keesokan harinya, 17hb Jan 2010, kami buat sessi lunch bersama sahabat2 yg hari2 aku jumpa di office. Sessi ini limited to staff unit aku aje... kalau nak ajak kawan2 lain.. kena tunggu open house le... Itu pun ramai jugak yg tak dpt datang sbb masing2 ada emergency. Yg sudi melapangkan masa hanyalah En. Mail, Kak Lidza sekeluarga dan Liyana + 2 org awek (member dia). Bagi yg tak berkesempatan, boleh datang bila2. Tapi kalau nak together2, kena tunggu open house le...


En. Mail & Kak Lidza bersama anak2


Antara tetamu yg hadir





Pd 21hb Jan 2010, seorang lagi sahabat kami telah berkunjung ke kediaman kami. Sahabat yg dah lebih 4 tahun kami tak jumpa. Saiful Rizal Amiruddin. Beliau kini berkhidmat di Putrajaya dan tinggal di Subang. Kunjungan beliau membawa perkhabaran baik di mana beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah. InsyaAllah, bila dia berkelapangan, beliau mungkin akan join group badminton kita.


Sedang menonton koleksi gambar bersama rakan2


Terima kasih kepada rakan2 yg sudi menziarah kami. Bila2 ada kelapangan, datang le lagi ye...
.

Wednesday, January 20, 2010

1st Week 2010



Agak terlewat aku update blog kali ini... awal2 tahun nie banyak pulak kerje yg perlu di sattlekan. Apa2 pun... catatan tetap diteruskan...

Selepas sebulan kami tidak berhujung minggu di KL... Pd hari Sabtu, 9hb Januari 2010, baru kami berpeluang menyambung semula aktiviti2 yg dah sepurnama ditinggalkan...

Pagi tu dimulakan dgn aktiviti sarapan pagi di precinct 9 Putrajaya. Selepas selesai breakfast, kami bergerak menuju ke rumah sewa kami di precinct 11. Tak lama lagi, sahabat aku yg menyewa di rumah kami ni akan berpindah ke rumah yg baru dibelinya. So, kami kena mulakan gerakan mempromosi rumah kami ni...

Semasa aku jenguk2 di mudah.com.my, ramai yg promote apartment precinct 11 nie dgn facilities spt swimming pool, badminton hall, tennis court etc. Pelik pulak aku, setahu aku masa kami beli dulu, tak ada pun facilities2 nie... Bila aku call sahabat aku yg tinggal di situ, dia pun tak tahu. Selepas kami buat tinjauan pagi tu, rupa2nya all the facilities ada disediakan di pusat kejiranan precinct 11 yg terletak betul2 belakang blok apartment aku. Hanya perlu naik beberapa anak tangga dan lintas jalan aje utk ke sana. Best gile.... Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar yg sempat kami ambil sebelum battery camera kami out...





Pemandangan blok rumah kami yg diambil dari pusat kejiranan precinct 11


Swimming pool


Tennis Court (yg berpagar tu..)



Badminton Hall... (ada 4 court)



Squash


Facilities2 lain yg turut disediakan di precinct 11 nie adalah seperti library with internet access, surau & gym. Food court & ATM machine akan dibuka dlm bulan Janury 2010... Bersebelahan dgn pusat kejiranan nie adalah sekolah precinct 11. Kalau ada anak2 yg bersekolah, dia org boleh pergi jalan kaki aje... Siapa2 yg berminat nak sewa rumah kami, sila call aku or wife aku... kita org kasi harga baik punye....

Pada sebelah malam, 9hb Januari 2010, aku bersama sahabat2 kembali menggegarkan dewan badminton Aman Heights. Dah sebulan kami stop... game kali ini turut disertai sahabat pertama aku semasa aku berhijrah di KL, saudara Saifulzaman... Selain dari Saifulzaman, antara yg sudi melapangkan masa utk game mlm tu ialah Mat, anak saudara Mat & Izwan. Harap lebih ramai rakan2 yg akan sudi memeriahkan game2 yg akan datang.


Saifulzaman in action







Keesokan harinya, waktu pagi kami dihabiskan di pejabat masing2 sehinggalah jam 3.00 petang. Selepas itu, kami bergegas ke kediaman Uncle Halim di Kelana Jaya bagi meraikan majlis pertunangan anak bongsunya, Nadia dgn Fendi. Bersama-sama ini adalah beberapa shot yg sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.


Ahli keluarga yg sempat hadir memeriahkan majlis


Ketibaan rombongan meminang







Nadia & Fendi



Bergambar kenangan


Selesai majlis, kami terus menuju ke rumah Aunty aku di Damansara. Alhamdulillah, dah banyak improvement. Kini Aunty aku dah boleh makan, bersembang dan berjalan dgn bantuan tongkat. Apa2 pun, kita doakan agar beliau kembali sembuh seperti dahulu. Buat Fendi & Nadia, congratulation. Dah tak sabar nak makan nasi minyak....
.







Monday, January 4, 2010

A Week In Tepeng...



Catatan pertama 2010 adalah catatan ke 100 di blog ini. Kepulangan selama seminggu di Tepeng, masa kami banyak dihabiskan di Hospital Besar Taiping. Aku dan isteri bergilir-gilir bermalam di Wad C6 utk menemani ayah mertuaku yg telah selamat menjalani pembedahan. Bukan selalu dpt peluang berbakti kpd org tua mcm nie. Walaupun pembedahan berjaya, ayah mertuaku masih tidak dpt berjalan kerana keadaan beliau yg masih lemah. Alhamdulillah, pd 31hb December 2009, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, ayahanda masih belum dpt berjalan dan perlu bergantung kepada kerusi roda utk digerakkan ke sana-sini. Harap kita semua dpt doakan agar beliau kembali sembuh.


Semasa terlantar di Ward C6


Sudah boleh pulang selepas 16 hari berada di ward






Sepanjang seminggu di sana, selain dari Hospital, kami sempat juga berkunjung ke beberapa lokasi wajib di sana. Kediaman ibubapaku, kediaman Opah, pasar malam Kota Jaya & swimming pool (setelah didesak berkali-kali oleh anak buah).



Bersama D'Boy di hadapan rumah parentku..





Pasar malam Kota Jaya...


Di swimming pool...menanti hujan yg belum berhenti...






Singgah makan selepas penat berenang...


Ali sedang asyik berkarya...


Kami berangkat pulang ke KL pd pagi Sabtu, 2hb Jan 2010 kira-kira jam 9.00 pagi. Rasa sedikit lega kerana ayah mertuaku sudah berada di rumah dan keadaannya beransur pulih. Alhamdulillah, jam 11.30 pagi, kami sudah pun berada di rumah. Lebih kurang jam 2.00 petang, kami dikunjungi oleh Mat sekeluarga bersama bonda dan adiknya.

Ashraf @ Aman Heights..


Tetamu pertama 2010

Keesokan paginya, aku dikejutkan dgn SMS yg dihantar oleh Bitah. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat sakit perut. Petang Ahad tu, aku & wife sempat menziarah beliau di Hospital. Alhamdulillah, beliau stabil tetapi ada ketikanya, beliau menahan kesakitan. Pihak Hospital masih menyiasat punca kesakitan tersebut dan beliau mungkin akan ditahan di ward sehingga mereka dpt mengenalpasti penyakitnya. Harap kita semua dpt doakan agar beliau cepat sembuh.
.