Saturday, March 13, 2010

Pulang ke Singapura...





Ooops!!!... jangan panic... awek cun dlm gambo nie bukanlah awek baru gua... Ini adalah gambo kenangan gua dgn anak sepupu wife aku yg sempat dirakam semasa kami berada di Singapura baru2 ini... Kenapa kami berada di Singapura secara tiba2??? Semuanya berpunca dari panggilan telefon yg diterima drp ibu mertuaku pd hari Ahad yg lalu yg membawa perkhabaran berita ttg ayah saudara isteriku yg sedang sakit tenat.


Keesokan harinya, (08.03.2010) seawal jam 7.15 pagi... aku dan isteri sudah terpacak di pejabat Imegresen di Damansara utk buat passport. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.00++ pagi, kami berdua dah boleh dapat passport. Kami bertolak ke Singapura dengan menaiki keretapi dari KL Sentral kira2 jam 10.25 malam. Turut ikut bersama ialah abg sulong wife aku, Abg Feroz @ Abg Long...

Keadaan di KL Sentral



Bersama Abg Long


Di dalam Tren KTM







Hampir jam 9.00 pagi (09.03.2010), kami selamat tiba di stesen keretapi Tanjong Pagar. Lebih kurang 10 minit kemudian, sepupu wife aku, Abg Nazri tiba dgn Impreza WRX kesayangannya. Kami di bawa terus ke kediaman bapa saudara wife aku di Beduk South. Sayangnya, bapa saudara isteri aku itu telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pd petang sebelum kami memulakan perjalanan.




Stesen keretapi Tanjung Pagar



Bergambar kenangan di hadapan stesen



Casino dlm pembinaan...






Kami tiba di destinasi kira2 jam 9.30 pagi. Jenazah baru sahaja selesai dimandikan. Kami sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, sempat menunaikan Solat Jenazah dan sempat juga mengiringi jenazah ke pusara. Selesai sahaja upacara pengkebumian, kami pulang semula ke kediaman keluarga Arwah Hj. Abd Hamid utk menghadiri majlis Tahlil. Selepas selesai majlis, barulah sempat beramah mesra dengan sanak saudara isteri aku yg majoritinya tinggal di Singapura. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura selepas kami berkahwin. So, ramai jugalah yg aku baru nak berkenalan.






Bas yg disewa utk bawa para tetamu ke pusara



Liang lahad perkuburan di Singapura




Antara sanak saudara yg hadir



Dari rumah keluarga Arwah, kami di bawa ke rumah seorang lagi bapa saudara isteri aku, Pak Ya di Pasir Ris. Selepas selesai merehatkan diri.... petang tu aku bersama isteri dan abang long keluar menaiki Bus dan MRT utk ronda2 di Geylang Serai. Sebenarnya aku yg teringin sgt nak pergi situ sbb aku selalu dgr cerita dari ayah dan ibu mertuaku serta rakan2 aku ttg keenakan makanan yg dijual di Geylang Serai.



Abg Long dlm MRT











Juadah aku mlm tu....



Abg Long in action

Selesai makan malam, perjalanan diteruskan ke Beduk South utk menziarahi keluarga Arwah. Lebih kurang satu jam lebih kami di sana, kami telah di bawa ke rumah salah seorang sepupu isteri aku utk menziarah suaminya yg baru selesai menjalani pembedahan jantung. Kemudiannya, kami teruskan perjalan ke kediaman Pak Ya di Pasir Ris utk bemalam di sana.



Bergambar kenangan bersama Mak Munah


Dlm perjalanan ke rumah sepupu Fatiah...

Abg Long @ MRT Station..

Hajat utk kayuh basikal sambil menikmati suasana pantai di waktu malam tidak kesampaian sbb masing2 dah kepenatan. Keesokan paginya, sekali lagi kami terpaksa melupakan hajat utk berbasikal di tepian pantai kerana cuaca hujan. Menurut ibu saudara, inilah kali pertama hujan turun selepas hampir seminggu Singapura bercuaca panas.
Selepas hujan berhenti, kira2 jam 10.00++ pagi, kami berangkat semula ke rumak keluarga Arwah di Beduk South utk bertemu keluarga di sana. Lebih kurang 1 jam di sana, aku dan isteri terpaksa berangkat ke Budget Terminal utk stanby sebelum kami berlepas ke Malaysia dgn pesawat Fire Fly.


Muhammad Said (cucu Pak Ya)



Besama keluarga Pak Ya di kediaman mereka di Pasir Ris










Di Beduk South...


Bergambar kenangan...


Makan tengahari di Budget Terminal...

Gambar Arwah di surat khabar...


Sebelum pesawat berlepas... (masa ni tak mabuk lagi...)


Pemadangan dari ruang angkasa...



Alhamdulillah, kira2 jam 4.00++ petang, kami berdua selamat tiba di Airport Subang. Both of us mabuk sikit semasa di atas flight.... mungkin sbb gegaran pesawat yg agak kuat terasa. Dari airport, kami menaiki cab ke pejabat aku utk ambil kereta. Sebelum jam 6.00 petang kami dah tiba di rumah.

Pesawat yg membawa kami pulang...


Seronok juga rasanya bila berada di Singapura. Org2nya ramah2 dan berdisiplin. Kawasan pun cantik dan kemas. Public Transportnya pun very efficient. Cuma yg tak tahannya, cost of living agak tinggi beb... Saudara mara pun ramah2. InsyaAllah, bila ada peluang, pasti kami akan ke sana lagi...

.

Monday, March 1, 2010

Balik Kpg - Maulidur Rasul Feb 2010





Jumaat, 26hb Februari 2010 merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul. Apa lagi... 25hb Feb, selepas selesai tugas di pejabat, kami pun bersiap2 utk berangkat pulang ke Taiping. Kepulangan kali ini turut disertai oleh sahabat kami Robitah. Ramai member2 yg akan pulang pd minggu ini sbb nak hadir ke majlis perkahwinan sahabat kami, Saiful Rizal Amiruddin... Perjalanan kami bermula kira2 jam 8.30 malam dan Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke destinasi kira2 jam 12.30 mlm.








Pd hari Jumaat, kira2 lepas waktu Asar... kami berkesempatan memenuhi jemputan kenduri doa selamat sempena majlis pertunangan seorang sepupu aku dgn gadis pilihannya. Pd awalnya, hujan turun agak lebat... Alhamdulillah, bila tiba waktu Asar... hujan pun dah mula berhenti... ramai le jugak yg hadir pd majlis itu... saudara mara terdekat dan para jemaah Masjid.


























Waktu tgh lepak2... tiba2 phone aku berbunyi... sepupu aku (Nadia) from PJ call... katanya dia org dah ada di Taiping & on the way nak datang rumah... so... kami & parent aku cepat2 le bersedia utk pulang... sebelum gerak... aku sempat menjenguk keadaan kereta si Mat yg terpecah sedikit cermin depannya akibat terkena batu yg terbang dari lori semasa beliau dlm perjalanan pulang dari pejabatnya ke kediamannya di Kajang... Sabo aje le Mat.. dulu aku pun pernah terkena batu semasa lalu dkt sebelah org potong rumput di tepi jalan... tertanggal cat kete aku...











Sepupu2 aku ni tiba bersama buah hati masing2 kira2 jam 6.00++ petang. Shakira dgn husbandnya (Azmir) & Nadia dgn tunangnya (Fendi). Kehadiran mereka ke sini adalah disebabkan si Nadia kena mewakili jabatannya utk proses cabutan bertuah BSN yg akan berlangsung keesokan harinya. Sempat le berborak panjang... selesai waktu Maghrib.. dia org pun gerak menyambung program jalan2 mereka di pekan Taiping...















Keesokan paginya... kami membawa ibu mertua aku shopping2 di Pasar Pagi Kamunting... yelah.. sekarang ni, susah sikit mak mertua aku ni nak berjalan sbb kena banyak habiskan masa menjaga bapa mertua aku yg dah uzur di rumah. Seronok jugak dpt shoping2 kat pasar pagi ni.. barangnya berganda2 murah compare to KL...











Dari pasar Kamunting.. kami sambung shopping dkt The Store Taiping... aku lebih suka shopping dkt sini sbb dkt Tesco tu ramai sangat org... Kalau betul2 perlu... baru le kami shopping di Tesco.. kalau tak Giant dgn The Store le yg jadi pilihan....






Selesai shopping.. kami pun bersiap2 utk menghadiri majlis yg dinanti2kan... kami tiba di majlis kira2 jam 1.30 petang... semasa tu pengantin tengah menjamu selera... tak ramai member2 lama yg dpt aku jumpa melainkan member2 wajib yg akan aku jumpa tiap2 tahun semasa Aidilfitri... Antara yg sempat ditemui ialah Badaruddin, Robitah, Apai, Mat & Kumi.




















Selepas selesai majlis kam pulang berehat2 di rumah.... Petang tu... kami sempat bawa Amin jalan2 ke Tesco... hajat asal nak cari jam dinding.. tapi design2nya sangat tak memuaskan... Last2 terbeli camera pulak... Semasa di Tesco.. sempat bawa Amin makan KFC... Padan muka dkt anak2 buah yg tak nak ikut Pak Su & Mak Su jalan2 hheehhehe...












Pada pagi hari Ahad, 28hb Februari 2010... sepupu2 aku bersama buah hatinya telah sudi menziarah keluarga mertua aku di Kampung Boyan.. pagi tu wife aku masak nasi lemak special utk dia org... selesai breakfast... kami bawa dia org mandi manda di Burmise Pool... kasi rasa sikit kesejukkan air terjun di Taiping... Selesai mandi.. kami shopping2 dkt Lake Garden Taiping yg kebetulan ada event pulak pagi tu... dari Lake Garden... perjalanan diteruskan ke Warung Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang.... Bila dah kenyang.. kami pun bergerak ke rumah dan Dia org pun terus berangkat ke KL....



























Setibanya di rumah... dgn segera kami mengemas utk pulang... sebelum pulang... sempat lagi kami singgah di Taiping Sentral bersama abg2 ipar aku... nak beli printer & dptkan sedikit info ttg komputer di sana... Abg2 ipar aku ni plan nak beli komputer.. kasi idea sikit le...




Kami memulakan perjalanan pulang dari kediaman parent aku kira2 jam 4.30 petang... Banyak jugak kereta... ada sangkut sikit2... tapi kebanyakkan perjalanan smooth aje... Sepanjang perjalanan, sempat jugak wife aku rakam aksi2 manja si Kikie... Alhamdulillah.. kami selamat sampai di kediaman kami kira2 jam 8.30 malam... Sempat le nak tengok Raja Lawak....







.