Sunday, October 31, 2010

Lutfi's 1st Visit...



Semalam, 30th Oct 2010, buat pertama kalinya Lutfi, anak ketiga sahabat karib kami, Kamil & Fizah, menjejakkan kakinya ke kediaman kami. Lawatan terakhir Kamil & Fizah tempoh hari adalah beberapa hari sebelum kelahiran si Lutfi ni... Selain daripada Kamil sekeluarga, sepupu darlingku, Azura turut hadir menziarah dan bermalam di kediaman kami...


.
Azura tiba kira-kira jam 6.00 petang sementara Kamil sekeluarga tiba sebelum jam 8.00 malam. Selepas dinner bersama-sama... kami berhimpun beramai-ramai di hadapan TV bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di antara Kelantan dan Negeri Sembilan... Tahniah buat Kelantan yg berjaya menewaskan lawannya 2-1... Jika di stadium.. penonton akan terganggu dgn letupan mercun... di rumah... kami turut diganggu dgn telatah si Dania & Dani yg semakin nakal....






Keesokkan paginya (31st Oct 2010), selepas selesai sarapan pagi, kami sempat bawa bebudak ni bermandi manda di swimming pool... lepak2 di kolam ikan sambil memberi ikan2 tu makanan dan bersuka ria di playground... seronok tengok gelagat bebduak ni.... Mula2 jual mahal... bila dah naik sheikh... hilang segannyee....
.
Selesai bermandi-manda... kira2 jam 12.00++ tengahari.. Kamil sekeluarga pun mengundur diri.. Apa-apa pun.. terima kasih sbb sudi menziarah kami.. bila2 ada kelapangan... datanglah lagi....



Gua & Handsome boy... Lutfi...





Sessi di kolam ikan...









Dania...


Danie







Mcm Jackie Chan...


Time to say goodbye...


.
Selepas Solat Zohor... Kami dan Azura bergerak ke workshop kereta utk ganti Absorber Mini Cooper darling aku tu... Kereta ditinggalkan di workshop sementara kami teruskan perjalanan ke Kajang utk jalan2... Dah terlanjur ada di Kajang.. kami pun singgahlah ke rumah cousin aku, Mat, yg aku tak jumpa2 sejak Ramadhan lagi... Tak lama kami di sana, kami terpaksa bergerak pulang memandangkan darling aku kena bertugas sebelah malamnya + nak amik kereta dkt workshop... Hajat di hati nak visit Mak Cik aku di Tmn Mesra terpaksa dibatalkan... Al-maklumlah.. akhir-akhir zaman nie.. masa berlalu terlalu pantas....



Di kediaman Mat...




Cute girl... Fatin..

.
Semasa di kediaman kami.. hampir jam 6.00 petang... giliran Azura pula mengundurkan diri... Terima kasih sbb sudi menziarah kami... bila2 senang... datang le lagi... Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan tahniah buat sahabat kami, Saiful Rizal Amiruddin (Snock) yg baru sahaja menyambut kelahiran anak pertamanya, Nur Adni Batrisya pada 7.21 pagi, 29hb Oct 2010... InsyaAllah, kalau berkesempatan, nanti kami datang ziarah... apa-apa pun, selamat menjadi daddy... Be a good father ye....
.

Saturday, October 30, 2010

Warehouse Sale @ Armada Hotel




Pagi ini, 30hb Oct 2010, aku dan darlingku sempat ke Armada Hotel PJ untuk sama-sama bersesak-sesak sambil membeli belah sempena jualan gudang Hush Puppies & Obermain yg berlangsung dari 29 - 31 Oct 2010. Kebetulan, aku memang berhajat nak cari lather shoes & belt. Tepat sangatle waktunye... hehehehe...








Selesai bersarapan di Warung Misai, Pantai Dalam, kami terus bergerak ke Armada Hotel dan tiba di kawasan letak kereta hotel tersebut seawal jam 9.30 pagi. Disebabkan pagi tu hujan... so, kamilah antara org terawal yg tiba... tepat jam 10.00 pagi.. pintu ballroom pun dibuka... ramai juga org.. tapi x lah teruk sangat dan masih selesa lagi nak buat pilihan.... Harga mmg sangat berpatutan... design pun cantik-cantik... Kalau siapa2 terasa nak shopping.. elok sangatlah pergi... cepat... sementara stock masih ada.....





Ini aje yg sempat kami borong...


Close up... harta2 yg wife aku sempat create.. actually dia teman aku je.. sekali dia yg lebih daa...




Ini aje harta yg sempat den capai...
.

Sunday, October 24, 2010

Visitors - 24th Oct 2010


Jika semalam, kami jalankan operasi terjah rakan2... hari ini (24th Oct 2010) kami pula yg di terjah... Kira2 jam 11.00 ++ pagi, aku mendapat panggilan telefon dari cousinku, Nadia.. kebetulan, kami pun tak ada apa plan... so, standby ajelah di rumah...

.
Jam 12.00 tengahari, rombongan Gagak Itam yg terdiri daripada 1 kereta & 1 motor tiba di kediaman... Kami sempat lunch bersama-sama & berborak ttg isu2 semasa... lebih kurang jam 2.00 ptg, mereka pun mohon undurkan diri...


.
Mcm biasa, antara yg menjadi perhatian bila tetamu hadir ke kediaman kami adalah kucing2 kami... Dari perbincangan yg dibuat semasa pertemuan hari ini.... 2 ekor anak kucing kesayangan kami akan kami hadiahkan kepada Nadia & Fendi... Koko the lion mmg tak boleh usik... so, Kuki the dirty clothes & Kiko the Sylvester menjadi pilihan... sementara si Kaka the Kiki Jr akan direserved utk cousin aku, Adin... Isunye.. bile ko org nak amik haa... lama2 nanti aku bertambah sayang pulak dkt dia org... sedih woooo...


Ikut arah jam... pkl 12 Koko the Lion... Pkl 3 Kuki the dirty clothes... Pkl 6 Kiko the Sylvester & Pkl 9 Kaka the Kiki Jr.



Inilah kuchin yg bertanggungjawab melahirkan kitty2 tu... Sharifah Sookie a.k.a. Kiki the Madam of the house...


.

Ziarah Sahabat Lama - 23rd Oct 2010



Sabtu, 23hb October 2010, kami berkelapangan untuk jalankan operasi menziarah sahabat/kenalan2 lama... Perancangan asal... 4 kenalan dijadikan target. Realitinya, hanya 2 org sahaja yg berjaya ditemui pada hari berkenaan.

.
Lokasi pertama, Restoran Bandariya Ayam Kampung yang terletak di Solaris Hartamas... Restoran ini diusahakan oleh sahabat lama aku, Shahril Fariz yg juga dikenali sbg Ayie... Mcm mana aku tahu dia ada di sini... Sebelum Ramadhan yang lalu, wife aku pernah pergi lunch dgn seorang kenalan kami di restoran ini... masa tu le wife aku perasan rupa2nya si Shahril ni yg manage restoran tu...

.
Sedikit info ttg restoran. Restoran ini menyajikan nasi putih dgn pelbagai jenis lauk yg sememangnya sedap... Antara killer product di restoran ini... Ayam Kampung... Daging Kerutuk... Daging Gulai Kawah... dan masak lomak ikan tenggiri... Aku sarankan... kome pergi le rasa ye...






Seorang lagi usahawan berjaya... me with Shahril








.
Sebelah malamnya pula... kira2 jam 8.30 mlm... aku dan isteri tiba di gerai nasi lemak kegemaran kami di Tmn Dato Sennu, Sentul... tujuannya ialah utk dinner bersama sahabat2 nostalgia Sentul kami, Nan, Ujang & Abg Long... malangnya... hanya Nan bersama isteri dan anak jirannya sahaja yg sempat hadir... Abg Long tgh bersiap-siap nak pergi kerja... si Ujang pulak... hilang entah ke mana... padahal dah set appointment sejam sebelum tu... mentang-mentanglah dah back up Ella sekarang..... :)..... InsyaAllah.. ada kelapangan.. kita repeat lagi...


Nan, anak jirannya & Laila with my wife...



.

Balik Kampung - 16th Oct 2010

Fandi & D'boy

16hb Oct 2010, kami sempat luangkan masa utk pulang ke Kampung... perjalanan dimulakan kira-kira jam 10.00 pagi... kami berhenti utk sarapan pagi di hentian RNR Sungai Buloh... Alhamdulillah, by 1.00 pm kami selamat sampai di Taiping...

.
Seperti biasa, bila sampai di Tpg... mmg bz gile... masa tu sentiasa aje penuh... sampai niat aku nak ziarah sahabat2 yg tak sempat aku nak beraya sama2 tempoh hari masih tak kesampaian... Dari rumah Kg. Boyan, ke rumah parent aku di Kota Jaya, ke rumah Opah di Simpang... ke rumah ipar di Tmn Kaya... ke car wash... ke hospital... ke pasar... beli belah... semua tu dah jadi rutin setiap kali kami balik kg....

.
Kepulangan kali ini... sempat jugak aku bawa pulang smart card astro aku... sbbnya... nak tonton konsert satu malam jamal abdillah yg ditayangkan di Astro Mustika sepanjang October ini... actually dah banyak kali aku ulang tonton konsert tu... cuma yg syoknye bila tonton di Kg sbb boleh menonton sambil berdiskusi ttg konsert tu dgn abg ipar aku yg expert in guitar & daddy aku yg expert in oldies music...

.
Satu lagi yg best masa trip kali ini... aku sempat berbual panjang dgn cousin aku, Fandi (12tahun) yg agak rapat dgn aku semasa zaman bujang dahulu... yg bestnye.. Fandi ni, sama mcm aku waktu kecil dahulu.... gila kereta & motor besar... kalau sembang dgn dia pasal kereta... sama mcm sembang dgn orang besar... to Fandi.. belajo rajin2 sampai tercapai cita2 kamu nak jadi pilot tu... lepas tu... beli le kereta & motor yg kamu impikan tu ye...




Amin, Wuna & Ali...


Irdina...


.

Open House 2010



Seperti biasa... selepas seminggu warga kota selesai beraya di kampung... maka bermulalah musim rumah terbuka... setiap minggu, sabtu dan ahad... semua jalan di klang valley ni akan sesak dengan kenderaan yang bergerak bagi memenuhi jemputan rumah terbuka...

.
Perancangan asal kami utk adakan rumah terbuka tahun ini terpaksa dilupakan bagi menghormati pemergian bapa kepada isteriku pada Syawal ketujuh yang lalu... Ramai jugak sahabat yg tertanya-tanya dan begitulah jawapannya ye... Selain daripada tidak mengadakan rumah terbuka, kami juga tak banyak memenuhi jemputan tahun ini... Antara rumah terbuka yg sempat kami hadiri adalah rumah terbuka di kediaman Datuk Illyas, sahabatku Kamil dan sepupuku Nadia sahaja...

.
Di pejabat, lain pula ceritanya... setiap hari, ada aje division yang adakan open house dkt Multipurpose Hall di Menara office aku... Yg lebih kelakarnya... MPH sentiasa ada function sehinggalah 06 Zulkaeda... ape ke halnya sambut raya lebih2 sgt... puasa tak beriya pun... satu lagi tanda akhir zaman agaknye...


.
Rumah Terbuka Datuk Illyas:










Rumah Terbuka Office (Unit) Aku:






















.
Rumah Terbuka Kediaman Nadia:




.