Tuesday, September 27, 2011

Open House 2011



Tanggal 18hb September 2011, buat pertama kalinya kami adakan majlis rumah terbuka di kediaman kami di Aman Heights. Kalau tak silap, dah 2 kali Hari Raya dah kami tak adakan majlis rumah terbuka. Tahun 2009, kami sibuk dengan persiapan untuk pindah rumah... tahun 2010 pula, kami kehilangan Tok Papa sewaktu sedang bergembira menyambut Hari Raya bersama sanak saudara.


Kehangatan majlis rumah terbuka di kediaman kami yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 18 Sept 2011 sebenarnya dah mula di rasai sejak dari hari Jumaat lagi. 16hb Sept 2011, pagi tu kami ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan untuk majlis tersebut. Selepas Solat Jumaat, kami bergerak ke stesyen bas Jalan Duta untuk menjemput Dilah (sedare wife aku) dan anak-anaknya. Kedatangan Dilah dari Teluk Intan telah dirahsiakan daripada pengetahuan ibu mertuaku yang dah standby di kediaman kami sejak dari hari Khamis lagi. Saje nak buat surprise... Surprise kami mejadi. Petang tu, kami sempat bawa anak2 Dilah bermandi-manda di swimming pool sebelum kami pulang bersiap-siap untuk menghadiri majlis rumah terbuka sahabat baik merangkap sedare kami, Azmer & Shakira di kediaman mereka.





Di sana, kami tak dapat nak lepak lama-lama sebab terkejar-kejar sikit. Maklumlah, ada tetamu dekat rumah... Memandangkan si Azmer & Shakira ni mmg rapat dengan kami, tak terdaya le pulak nak tolak jemputan deme... Ramai juga tetamu yang hadir di kediaman deme yang terdiri daripada rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Mcm biasa... si Azmer ni memang suka masak... so, hidangan hari tu semuanya disediakan oleh mereka sendiri. Menu utamanya... nasi kandar dengan ayam berempah... bila le agaknya deme nak launch kedai deme... Hajat nak bertembung dgn Nadia & Fendi tak kesampaian sbb deme datang lebih awal... Yb2 tu ada banyak jemputan lain... To Azmer & Shakira.. terima kasih ye.. mujur masih ramai tetamu masa tu.. tidak boleh le aku tapau...

Suasana di kediaman Azmer/Shakira





17hb Sept 2011... kediaman kami dah mula dipenuhi dengan adik beradik.... seawal jam 4.00++ pagi, Abg Pesal yang bertolak dari Tepen selamat sampai di kediaman kami. Selain dari Abg Pesal, Abg Peroz sekeluarga juga tidak ketinggalan datang menginap di Aman Heights bagi memeriahkan lagi suasana. Bila dapat berhimpun ramai-ramai macam ni.. suasananya pastilah menyeronokkan... yang tak bestnye... keluarga Abg Pak Li & Abg Paiz tak dapat join sekali sbb ada komitmen lain di Tepen. Hari Sabtu tu, wife aku masih lagi bertugas... aku dan Pak Ngah sibuk dgn projek assignmentnye, kaum hawa, kanak-kanak... semuanya ada agenda masing2... memang agak riuh rendah le suasananye...


Bila tiba aje hari yang dinanti-nantikan, pagi tu... kami berdua memang tak duduk diam... dari pagi hingga ke minit yang terakhir... tak berhenti-henti buat kerje... mujurlah ramai adik beradik ada untuk membantu. Hari tu le kami nak kemas/cuci rumah, masak, susun atur untuk majlis dan macam-macam lagi... Sewaktu tengah sibuk-sibuk mengemas rumah... door bell pun berbunyi... rupanya si Azura baru tiba... Apa lagi.. terus join gotong royong...


Tak berapa lama kemudian.. door bell bunyi lagi.. kali ini sahabat wife aku, Kak Wa bersama husband, anak dan adik iparnya muncul di hadapan pintu... Waktu tu baru jam 5.00++ petang... kiranya antara tetamu terawal yang tibalah... Waktu mereka tiba, menu utama tak siap lagi.. mujurlah laksa dah siap... so... deme makan laksa dengan kuih raya ajelah... sebenarnya, majlis kami sepatutnya bermula jam 8.00 malam hingga 12 tengah malam... kekeliruan berlaku apabila mesej wife aku pada Kak Wa mention rumah terbuka jam 8.00 hingga 12 malam... So, deme ingatkan start dari 8.00 pagi hingga 12 malam... tu yang deme terdatang awal tu... Anyway, we really appreciate kesudian deme memperuntukkan masa utk hadir ke teratak kami...


Kak Wa, bersama hubby, anak & adik iparnye... Azura pun ade jugak..




Tetamu seterusnya tiba kira-kira waktu menghampiri jam 7.00 malam... kali ini giliran Abg Asmadi bersama keluarganya... Abg Asmadi yang dah macam keluarga kami sendiri pastinya tidak kekok utk stay lama dikediaman kami. Apatah lagi bila ada Abg Faisal, Abg Feroz & Tok Mami. Deme, dari kecik dah lepak sekali.. dah macam adik beradik... Selesai aje Solat Maghrib... kami sekeluarga termasuk Abg Asmadi & family mula menikmati hidangan sbb takut masing2 sibuk bila majlis bermula nanti.


Perasmian majlis... dari kiri, Abg Feroz, Abg Asmadi & Abg Faisal..





Jam 8.00++ malam, majlis pun bermula dengan rasminya. Antara tetamu terawal yang tiba selepas jam 8 malam adalah Adin & Anis serta Uncle Halim & Aunty Siti. Adin & Anis bertolak dari Kota Damansara manakala Uncle Halim & Aunty Siti pula dari Kelana Jaya.


Tak lama kemudian, Member2 RTM wife aku pun tiba. Hanya 3 orang aje wakil RTM yg sempat hadir.. Yang lain2 mungkin ada agenda lain agaknye... Rombongan seterusnya.. kedua-duanya dari Kajang... Mat/Ita & family serta En. Mail & Kak Lidza bersama anaknye.. Tetamu yang hadir terus dibawa ke meja hidangan bagi menikmati juadah yang disediakan sebelum sambung berborak-borak bila dah selesai...


Tetamu seterusnya... Fendi & Nadia yang bergerak dari Putrajaya... Selalunya... deme ni sampai awal.. agaknye ada hal lain malam tu.. Al-maklumlah.. deme ni mmg banyak jemputan.. Tengah dok berseronok-seronok.. tiba2 tergerak hati nak call member opis yang sepatutnye hadir... bila call aje.. alangkah terkejutnya bila mengetahui yang sahabat aku, Yana dan membernye dah 1/2 jam berada di club house... mereka cuba masuk ke pintu short cut tapi tak boleh akses... tak ade pulak orang lalu dekat situ waktu tu.. deme try call handphone aku.. network coverage pulak tak berapa okey... Entah kenapa both of them tak teringat nak masuk ikut main door sbb boleh aje guard tolong bukakan pintu utk deme... mujurlah aku sempat tinjau dekat luar & call deme... dekat luar coverage okey sikit... kalau tak.. tentu deme dah balik... sedih..sedih...


Tetamu yang aku consider datang lewat malam tu... si Azmer, Shakira & Che Nod... Deme nie selalunye antara yang paling awal tiba tiap kali kami organize event... Lagipun, deme nak hantar si Che Nod balik ke kampus di UPM yg tak jauh dari rumah aku... Entah kenapa pulak deme lambat hari tu.. Apa2 pun.. yang penting deme sampai... kalau tak sampai....


Title tetamu terakhir pada majlis malam tu gagal disandang oleh Azmer & Shakira memandangkan Abg Sham yang bergerak secara solo tiba dikediaman kami lebih kurang jam 1.30 pagi... Beliau tidak dapat hadir pada waktu rasmi majlis kerana bertugas. Aku tak dapat nak lepak dgn dia lama2 mengenangkan nak kena masuk pejabat keesokkan paginya... So, Abg Faisal mengambil alih tugas tuan rumah le... khabarnye.. lama jugak deme lepak... sampai mencecah jam 3.00 pagi jugak le...



Adin & Anis..


Aunty Siti & Uncle Halim



Fatiah bersama geng RTM




Mat, Ita & anak-anak...




Kak Lidza & En. Mail..



Bersama Nadia & Fendi...






Shafiq.. anak Kak Lidza & En Mail


Yana bersama rakanye..



Azmer & Che Nod...


Shakira..



3 sedare.. Azura, Dilah & Fatiah..



Penutup majlis... Abg Faisal bersama Abg Sham..


Buat semua para tetamu, sahabat handai dan saudara mara yang hadir, terima kasih kami ucapkan atas kesudian tuan/puan menjayakan majlis kami. Susah payah kome utk sampai ke kediaman kami, amatlah kami hargai. Buat mereka2 yang tak dapat jemputan, kami ingin memohon maaf kerana tak dapat nak jemput kome sekali memandangkan majlis kali ini dibuat secara kecil-kecilan aje. Bak kata Siti Nurhaliza... serdehana tetapi meriah.... Insya Allah, kalau ada rezeki di masa akan datang... kita jemput semua sekali... To Adin & Shakira.. thanks for the kuih raya yg kome bawa tu.... buat susah2 aje....

.

Sunday, September 25, 2011

VW @ Bukit Jalil...





Pada 10 & 11hb September 2011, VW das auto telah mengadakan perasmian dan pameran model-model terbaru Volkswagen yang akan dipasarkan di Malaysia. Pameran dilangsungkan selama 2 hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya akan menghimpunkan peminat-peminat automotif terutamanya peminat Volkswagen. Aku yang amat meminati dunia permotoran sejak dari kecil lagi sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini apatah lagi pameran dilangsungkan berdekatan kediaman kami.


Perancangan kami nak menyaksikan pameran tersebut pada hari pertama tidak kesampaian memandangkan ada agenda-agenda lain yang perlu kami penuhi. Sabtu, 10hb Sept 2011, selepas selesai breakfast dan bersantai di rumah, kami ke workshop Seng Cheong utk hantar Kancil menjalani rawatan memandangkan radiatornye dah mula tersumbat... Dari Seng Cheong, kami bergerak ke Kg. Malaysia Tambahan bagi memenuhi jemputan perkahwinan rakan opis aku, Azarina bersama pasangan pilihannya. Jalan agak sesak ketika itu, al-maklumlah... ramai warga KL yang ambil peluang utk mengadakan open house sempena Aidilfitri. Kesesakan tersebut membuat kami risau memandangkan kami dah buat temujanji dgn En. Mail & Kak Lidza utk convoy bersama-sama ke kediaman Kak Kam (Hjh Kamsiah Abu) & Haji Zul selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan Azarina. Mereka yang dah tiba lebih awal terpaksa menunggu kami di majlis kenduri berkenaan.


Selesai kami menikmati hidangan di majlis perkahwinan tersebut, kami bersama En. Mail & Kak Lidza pun memulakan perjalanan ke kediaman Kak Kam utk majlis open house. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan tak sesat walaupun first time datang ke kediaman baru Kak Kam di TTDI Jaya. Di sana, hidangannya sangatlah istimewa dan menyelerakan... sayangnya, tak boleh nak makan banyak-banyak sebab dah kenyang makan kenduri tadi. Di rumah Kak Kam.. kami dihidangkan dengan nasi arab... kambing... ayam... satay... kuih muih.. dan banyak lagi... Apasal le aku gi makan banyak masa kenduri tadi.. sabo ajelah.. Actually, Kak Kam ni adalah ex-Manager aku yang dah pun bersara... Kini beliau banyak menghabiskan masa dgn bisnes... kelas Agama dan menulis novel... Dah biasa active.. bila dah pencen pun tetap active jugak...



En. Mail & Kak Lidza @ Kg. Malaysia Tambahan..




Bersama En. Mail di kediaman Kak Kam..




Bergambar kenangan bersama Kak Kam & Kak Lidza




Hari berikutnya, aku merealisasikan hajat aku untuk melihat pameran VW anjuran VW das auto. Seawal jam 10.30 pagi, kami dah tiba di perkarangan stadium nasional bukit jalil. Masa tu pun orang dah que panjang... mujurlah ada krew-krew Sinar FM melayan para pengunjung yang sedang beratur menunggu giliran utk masuk ke dewan pameran. Hanya 300 pengungjung sahaja yang dibenarkan masuk dalam satu masa. Mulanya, pengunjung akan dibawa ke dewan pertunjukan bagi menonton persembahan video dan perasmian kenderaan-kenderaan VW yang akan dipasarkan. Setelah selesai persembahan, kami semua akan dibawa ke ruang pameran bagi menyaksikan dengan lebih dekat lagi model-model berkenaan. Sebanyak 9 model telah dipamerkan utk tatapan para pengunjung yang terdiri daripada Polo, Polo GTI, Golf, Golf GTI, Scirocco, Eos, Passat CC, Tiguan & Touareg. Terdapat tambahan model yang dipertontonkan ketika persembahan perasmian tetapi sayangnya tidak dapat tengok dengan lebih dekat.. antaranya, new Beetle & stationwagen.


Selesai di dewan... kami sambung layan VW yang dipamerkan secara unofficial oleh pemilik2 VW. Ini kira macam pameran vintage le... antara model yang dapat dilihat adalah seperti classic beetle, Golf 90's, karmann ghia, kombi dan lain2... Memandangkan kami tak sempat nak breakfast pagi tu.. selesai aje di Bukit Jalil, kami terus ke Giant Kinrara bagi melepaskan rindu utk menikmati juadah di Old Klang Road Kopitiam...



Para pengunjung yang sabar menunggu giliran..














































Masih ramai pengunjung yang beratur sewaktu kami keluar dari dewan



Kombi..


Golf GTI 90's






Classical Beetle


Karmann Ghia




Antara Classical Beetle yg comel..




New Beetle


My darling @ Old Klang Road Kopitiam...


.