Saturday, October 29, 2011

Cuti Deepavali 2011




Rabu, 26hb Oktober 2011... penaganut Hindu sedang sibuk meraikan perayaan Deepavali... aku yang kesunyian di rumah disebabkan darlingku kena bertugas pada hari cuti umum tu telah didatangi oleh sepupu ku Shakira & hubbynye Azmer... Projek kami hari tu... attack restoran baru Fareed Nasi Kandar yang terletak berdekatan dengan tapak operasi mereka sebelum ini.... Walaupun dah ada proper restoran... tapak operasi mereka masih dibuka seperti biasa...


Pagi tu, selepas Shakira & Azmer selesai breakfast.. deme datang menjemput aku lepak2 di kediaman deme... Lepas berborak sambil menonton tv dan dihidangi dengan air Ribena... kami pun bersiap-siap nak gerak ke Fareed Nasi Kandar... Sebelum gerak... aku sempat test ride scrambler si Azmer... naik sakit kaki aku masa nak change gear sbb aku pakai sliper aje masa tu... Lebih kurang jam 12.00++ tengahari, kami selamat sampai di Fareed Nasi Kandar cawangan baru... tempat baru ini lebih selesa berbanding yang dulu... siap boleh order air macam2... macam kedai mamak jugak... Bagus jugakle deme buat macam ni.. lebih selesa kalau aku nak bawa family nanti...





















Topik perbincangan utama kami hari tu adalah ttg motor... si Azmer masih teruja dengan keluaran terbaru Ducati Monster 795 yang dijual dengan harga RM59k oleh Naza... memang murah.... tapi aku masih risau tentang spare parts produk2 keluaran Itali yang biasanye memang sangat mahal... Antara produk keluaran Itali yang dah tentu mahal spare partsnye adalah seperti Ferrari, Maserati, Fiat dan Alfa Romeo. Tengok brandnye pun dah menggerunkan walaupun dari segi performance & design, mmg antara yang terbaik di pasaran... Walau apa pun terjadi, jiwa aku tetap dengan Harley... memandangkan both of us agak free hari tu... selesai aje lunch, aku ajak si Azmer & Shakira melawat showroom Harley Davidson Kuala Lumpur... saja nak kasi dia orang feel... kenapa aku gile dgn Harley Davidson dari dulu, kini dan selamenye...

Semasa di Harley Davidson Kuala Lumpur... kami park depan showroom Ferrari... tapi tak masuk pun sbb tahu mmg tak mampu.... hehehehe... bila masuk aje kedai Harley... kelihatan pelbagai model Harley diletakkan di ruang luar dan dalam showroom... yang dkt luar tu adalah milik members HOG yang datang meluangkan masa lepak2 dekat cafe sambil membelek2 motor deme... yang dekat dalam tu pulak... mmg motor showroom utk dijual... Ada juga motor members yang hendak dijual dipamerkan dihadapan pintu masuk showroom... turut kelihatan, Harley Davidson Sportster 883 yang dah convert to 1200 tahun 1995 milik Dira Abu Zahar... dia open dalam RM48k... tapi cash le... masa di showroom.. aku memang tuju ke ruang pameran sportster aje.. walaupun model2 lain turut berada di sana... aku dah jatuh cinta dengan sportster ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi.. tapi, sampai hari ni tak dapat nak tangkap lagi.. belum ada jodoh.... antara sporster yang dipamerkan di situ adalah model 883 super low, 1200 nightster & 1200 forty-eight. Kalau ikut catalog.. banyak lagi model yang ada.. tapi kena order le... antaranye... 1200 low, 883 iron, xr 883r & xr 1200r. Yang paling aku puas hati... si Azmer dah mula jatuh cinta dengan Harley.... panjang jugak tanduk aku nie... berjaya meracuni fikiran si Azmer.. hehehehhee....






.

Tuesday, October 18, 2011

Kuki @ Bella (28th Aug 2010 - 7th Oct 2011)




Daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita akan dikembalikan. Setiap yang hidup di dunia ini, akhirnya pasti akan kembali menemuiNya.


Pada 7hb Oktober 2011, aku telah mendapat perkhabaran berkenaan pemergian Kuki @ Bella yang merupakan anak kepada kucing kesayangan kami, Kiki. Kuki yang dilahirkan pada 28hb Ogos 2010 bersama-sama Koko, Kaka & Kiko telah pun diserahkan kepada sepupuku, Nadia, sebelum ini. Ia telah dijaga rapi oleh Nadia & Fendi bersama seekor lagi adiknye Kiko di kediaman mereka di Putrajaya. Kami sempat bertemu mereka beberapa kali semasa menziarah ke rumah Nadia sebelum ini. Sayangnya, umurnya tak panjang... Kuki @ Bella telah tidak kelihatan pada waktu pagi di Tingkat 8 pangsapuri kediaman Nadia & Fendi di Putrajaya. Apabila mereka melihat ke bawah, kelihatan kelibat seekor kucing yang sudah terbaring di atas lantai. Apabila mereka turun ke bawah, memang sah, kelibat itu adalah bangkai Kuki @ Bella yang sudah tidak bernyawa lagi. Ia dipercayai terjatuh melalui tingkap tingkat 8 kediaman mereka. Insya Allah, semoga kita dapat bertemu semula dengannya di akhirat nanti.



Saat bahagia bersama adik beradiknye...


Waktu Kuki nak diserahkan kepada Nadia & Fendi


Kali terakhir Kuki & Kiko bermesra dengan Kiki


Gambar terakhir Kuki@Bella


.

Saturday, October 15, 2011

Univ 360 Place, Serdang



Sabtu, 15hb October 2011... kami baru aje balik jalan2 dkt Jusco Equine Park... semasa di sana tadi, ada le deme buka counter jual property dkt area Serdang nie... tak ketinggalan, projek fasa 3 Aman Heights... Harga dah naik dengan mendadaknye... opening price dah mencecah RM 360k++... itupun unit tengah... utk unit tepi macam umah teman... udah mencecah RM400k++...


Selain drp Aman Heights... satu lagi projek yang teman baru tahu tadi ialah Univ 360 Place yang lokasinye terletak sangat dekat dgn UPM... Projek F3 Capital ini adalah merupakan kombinasi kediaman moden dan lot komersal. Ia mempunyai 2 tower di mana tower A berjumlah 24 tingkat manakala tower B berjumlah 15 tingkat. Didatangkan dengan 5 pilihan jenis kediaman yang terdiri daripada unit Studio (487-497sf), Suite 2 bilik (656-810sf), Suite 3 bilik (957-1191sf), kediaman dengan private garden (1148-1363sf) dan Duplex Penthouse (1685-1818sf). Kesemua kediaman dilengkapi dengan air cond dan dijangka siap pada tahun 2016. Harga dibuka dari RM 185 000. Maklumat lanjut... sila layari www.f3capital.com.my
















.

Stock Clearance Sale...



Oct - Dec... adalah waktu terbaik utk warga KL membeli-belah... sebab apa? Sebab waktu itulah kebanyakan jenama akan adakan stock clearance sale masing-masing... Bermula pada 30 Sep hingga 01 Oct baru-baru ini, Padini telah mengadakan warehouse sale mereka di Padini Holdings, Glenmarie Shah Alam. Yang dahsyatnye... semua items akan dijual pada harga RM 5 aje...


Sabtu, 01hb Oct 2011... aku memulakan aktiviti pagi dengan sessi badminton bersama rakan-rakan di Aman Heights. Setelah 2 bulan berehat sempena Ramadhan & Syawal... rentak permainan masing-masing agak slow. Ada juga yang masih belum boleh nak mulakan game sampai tak datang langsung sessi berkenaan. Antara yang hadir pada sessi pembukaan tersebut hanyalah Zaid, Azmer & member Tv3nye ... Sahabat2 lain masih belum dapat meluangkan masa disebabkan komitmen terhadap keluarga dan kerja masing-masing... Hampir jam 11.00 pagi, barulah kami sempat bertolak ke warehouse sale Padini. Setibanya di sana... Alhamdulillah, agak senang kami dapat parking walaupun banyak kenderaan di sana. Walaubagaimanapun, hajat kami nak shopping dkt situ terpaksa dibatalkan apabila terlihat barisan manusia yang beratur di pintu masuk yang dah sama panjang dengan gerabak keretapi ekspres senandung malam KTM... Biasanye, kalau ada sale2 macam ini, kami akan memastikan yang kami adalah orang terawal yang sampai disitu... Demi komitmen untuk menjayakan sessi badminton bersama rakan2 pagi tu.. kami terpaksa melewatkan perjalanan kami....





Bagi memujuk hati yang sedikit tercalar... kami menukar haluan ke butik aL-ikhsaN di hentian rehat berhampiran tol batu 3, Federal Highway... Kebetulan, al-ikhsan pun tengah buat sale... boleh le kami tambahkan koleksi adidas kami... Di sana, kami sempat tangkap sepasang kasut utk aku & darlingku... Selesai di sana, kami terus singgah ke restoran A&W yang terletak dalam stesyen minyak petronas bersebelahan. Dah lama jugak tak pekena Root beer float...





darlingku sdg asyik menikmati kelazatan A&W root beer float




Adidas Vibetouch yg sempat aku sambar..




Adidas Vibecomplete utk darling gua...




my first adidas porsche design yg sempat disambar pertengahan tahun lalu




Ahad, 2hb October 2011, awal pagi, kami mulakan perjalanan ke Precinct 9, Putrajaya. Sebenarnye... pagi tu kami ada urusan di rumah sewa kami di Putra Damai Apartment, Precinct 11. Macam biasa.. kalau dah jejak ke Putrajaya, pasti kami akan singgah ke food court Precinct 9 bagi menikmati sarapan pagi di sana.... Setiap kali kami berada di sana, gerai nasi lemak tu pastinye kena beratur.. walaupun dah naik harga... org tetap beratur jugak... Selesai di Putrajaya... kami singgah sebentar di workshop Seng Cheong... Our SLK (Small Little Kancil) perlukan minyak gear & radiator coolant baru... lebih 1 jam jugak di mengerjakan kereta kami tu... bila nak balik... macam biasale... dia mesti bodek suruh aku jual Kancil tu dekat dia... kali ini, siap suruh bini dia pujuk kami... bukannye apa, nak plat no. le tu... rasanya sudah ada buyer yang stanby nak beli plat tu drp dia... Sorry le Taiko.. gua mau pakai laa...


menu kegemaran di Precinct 9



Darling gua yang khusyuk menikmati hidangan



SLK yang sedang di rawat...


layan majalah sementara menunggu selesai rawatan



Minggu seterusnya... Alhamdulillah, kami berkesempatan menunaikan hajat nak bawa Aunty aku menginap di kediaman kami di Aman Heights. Sebenarnya, hajat ni dah disimpan sejak 2 tahun yang lalu. Sewaktu kediaman kami dah siap, kami dah janji dengan Aunty nak bawa dia bermalam di sana, tapi waktu tu, belum dapat kunci lagi... tak lama kemudian, Aunty aku telah diserang stroke dan hajat kami tu terkubur begitu sahaja. Alhamdulillah, kini beliau semakin pulih dan dah boleh di bawa jalan-jalan. Jumaat, 7hb Oktober 2011... selepas Isya', kami bertolak dari kediaman Aunty di Damansara. Selain Aunty, turut dibawa bersama ke Aman Heights adalah PA kpd Aunty aku, Siti... Keesokan paginya, kami berkesempatan membawa mereka menikmati breakfast di restoran Anjung, Sri Serdang. Berselera jugak Aunty makan pagi tu... Sebelah petangnye pula, aku sempat bawa Aunty makan angin di sekitar club house... Walaupun Aunty agak gerun tengok kolam... kami paksa jugak dia duduk dekat sana... saja nak kasi dia rasa fresh air dkt situ... Ahad, 9hb Oktober 2011... sebelum kami bertolak pulang ke Damansara... sekali lagi, Auntyku di paksa excercise sambil menghidup udara segar... kali ini di kolam ikan & taman permainan Aman Heights... Mcm biasa.. PAnye, Si Siti, akan sentiasa berada disisinye... Lebih 1/2 jam di sana... barulah Aunty di bawa pulang ke kediaman utk bersiap-siap pulang ke Damansara.... Apa2 pun, kami bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah menunaikan hajat kami yang tersimpan sekian lama. Doakanlah agar Auntyku akan kembali sembuh seperti sedia kala... Amin....

Siti membantu Aunty Tun menikmati sarapan



Auntyku bersama PAnye..



Menikmati ketenangan & kesegaran pagi





Sessi morining walk.. rutin excercise utk aunty..



.

Thursday, October 6, 2011

Raya Pose 6...



Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikutinya puasa itu dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun" (Hadis Riwayat Muslim).



Walaupun kita disarankan untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal, sebenarnya ianya lebih mencabar daripada puasa sebulan di bulan Ramadhan. Mana idaknye.. masa tu le orang sibuk dok buat open house.. open office... open department... open division... open sesame... abracadabra... bla..bla..bla... Aku selaku insan biasa.. turut tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama... Walaubagaimanpun, Alhamdulillah.. walaupun selalu aje diuji... akhirnya aku berjaya juga menghabiskannye.. itupun dah sampai ke hari penghujung... ngam2 aje dapat sambut raye pada hari terakhir Syawal... sabo ajelah...



Yang bestnye... elok aje aku menyambut raye.. department aku pun turut sama memilih hari tersebut sebagai hari jamuan sempena menyambut Syawal... Mcm tahu2 aje... Rabu, 28hb September 2011 (hari terakhir Syawal)... kebanyakkan staff2 department tempat aku bertugas membawa juadah masing2 untuk dijadikan hidangan bagi menjayakan majlis berkenaan.. masa ni le masing2 boleh tunjuk skill memasak... macam biasa... aku bawa perut ajelah... nak suruh masak.. darling gua kerje tak tentu masa... tak sampai hati le pulak... Apa yang gua boleh contribute... sekadar menjadi pembaca doa utk pembukaan majlis berkenaan... Jangan marah yee... Alhamdulillah... berkat kesungguhan dan keikhlasan para penyumbang juadah... hidangan tengahari tu agak berlebihan sampai boleh ajak department2 yang berjiran utk join sekali... Apa2 pun.. terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini... kome memang ada classs....


Warga department Personnel Data Services (PDS) 2011





Antara Juadah yg ada:






























Waktu preparation...



Warga Unit Personnel Services (PS)



Warga Unit Establishment Services (ES)




Kak Lidza selaku Emcee




Ini aje yang den mampu contribute hari tu...






Ucapan drp Head of Department, Pn. Zai...





Penyampaian hadiah pemenang contest diet peringkat PDS, Kak Asiah..




Seorang lagi pemenang... Kak Norma..




Gaya frust tak menang hadiah.. hahahaha..




Keesokkan harinye... 29hb Sept 2011... tibalah masa yang dinanti-nantikan... projek makan busaq bersama rakan2 pejabat di restoran Saba di Wangsa Maju... Dah lama sangat mengidam nak makan Hanith kambing... tengahari tu, kami pun merealisasikannye... Mereka yang terlibat terdiri drp... Yana, Kak Lidza, Naza, Fizah, Abg Shahril, Abg Ipin dan gua sendiri... thanks to Abg Ipin yang sponsor transportation kami ke sana... mujur ada Innova dia.. kalau tak.. pastinye Rush si Yana menjadi mangsa lagi...hehehhehhe...

Possing stail Korea... suka sgt tunjuk peace...


Tengok gua possing.. tak payah tunjuk peace pun.. tetap macho.. hehehe...


Hajat nak snap abg shahril.. sampai sudah dia x tengok belakang.. Nasib baik abg ipin x tengok belakang.. kalau x.. x sampai le kami..



Dari kiri.. K. Lidza, Yana, Fizah & Naza..


Sabar menunggu di restoran Saba...


Dari arah utara pulak...


budak 2 org nie.. pantang nampak camera.. sure nak possing punye.. tgk yana & A.Shahril, khusyuk aje..



Inilah yang aku nanti2kan...


Dengan sekelip mata...


erkk... Alhamdulillah...

.