Saturday, March 31, 2012

Weekend - March 2012




Kali terakhir aku melibatkan diri dalam career fair adalah kira2 4-5 tahun yang lalu. Kini, bila aku kembali bertugas di unit Recruitment... sudah pasti aku tidak akan terlepas drp melibatkan diri dalam program2 sebegini. Career fair pertama yang aku sertai sejak kembali ke bidang Recruitment & Sourcing pada November 2011 yg lalu adalah program karnival kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja yang telah diadakan pada 17 & 18hb March 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Program yang diadakan pada hari Sabtu & Ahad ini telah menambahkan lagi kesesakan di PWTC kerana pada hari yang sama, MATTA fair juga turut berlangsung. Aktiviti kami berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Tugas aku... menjalankan sessi temuduga dgn calon2 seramai mana yang boleh. Penat jugak le... Pengalaman terdahulu, just explain how to use our recruitment system & briefing about the company. Bila nak buat interview.. nak pulak dkt PWTC... mmg letih le yob... Nak kata apa... dah requirement drp pihak penganjur...





Org kuat yg memastikan kelancaran program, (dari kiri, Kak Lela, Rashidah & Kak Ham)




Program career fair tu telah membuatkan aku kerja tanpa henti selama seminggu. Rasa tak sabar pulak menunggu weekend seterusnye... Sabtu, 24hb March 2012... hari yang aku nanti-nantikan. Pagi tu, game badminton yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan aku menempah dewan lebih awal (dah ada org lain cilok). Bagi menggantikan aktiviti senaman pagi minggu tersebut, aku & darlingku meluangkan masa memanjat bukit serdang. Dah lama jugak kami tak jalankan aktiviti ini. Pancit jugak dibuatnye. Selesai aje jungle tracking, kami bersiap2 ke Putra Perdana bagi menikmati breakfast di food court & sattlekan bayaran maintenance rumah di sana.


Semasa singgah disebuah kedai di sana, aku sempat tanya dgn tauke kedai tu berkenaan jalan short-cut ke Putrajaya yg aku cari2 selama ini. Akhirnye, kami jumpa jugak jalan tersebut. Punye le dekat... tak sampai 10 minit pun... tak ade tol pulak tu... Kami teruskan perjalanan kami ke Public Hall Precinct 8 bagi memenuhi jemputan perkahwinan anak Tuan Imam Surau Al-Faizun, Bukit Serdang. Aku pun tak tahu kenapa Precinct 8 menjadi pilihan En. Nazlan untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anyway, tak isu pun.. bukannye jauh sangat Serdang dgn Putrajaya. Aktiviti seterusnya.... beristirehat dkt rumah. Lega rasanya...






.

Sunday, March 25, 2012

Bersama Sahabat - March 2012



10hb March 2012, aktiviti pagi Sabtu berjalan seperti biasa. Ramai juga sahabat yg tidak hadir ke gelanggang pagi tu... mujurlah ada jiran Cina yg sudi meluangkan masa berentap digelanggang untuk melengkapkan rutin senaman mingguan kami. Terima kasih kepada En. Mail & anak2 serta Azmer yg sudi bertandang menjayakan sessi berkenaan.


Selesai game, aku & Azmer singgah ke kediaman bagi menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai breakfast, darlingku teruskan perjanannya ke pejabat. Aku yang ada kelapangan, setuju menyahut pelawaan Azmer utk turut serta dalam aktiviti beliau sepanjang hari tersebut.


Lokasi pertama kami, menjemput cousin aku, Shakira merangkap darling kepada si Azmer di pejabatnya... perjalanan diteruskan ke PPUM untuk menziarah Uncle aku yg admitted dkt sana akibat demam yang berpanjangan. Alhamdulillah, Uncle aku dah pun sihat dan dah dibenarkan pulang baru2 ni. Dari PPUM, perjalanan diteruskan ke Food Court berdekatan AMCorp Mall PJ bagi menikmati hidangan nasi kandar sebagai menu tengahari kami. Selesai santap, barule kami pulang ke kediaman baru Shakira & Azmer di Bandar Seri Damansara. Suasana di kediaman baru mereka sangatlah menenangkan. Dah macam berada di Aman Heights. Memang sesuai utk lepak2... Aktiviti hari tu... lepak2, borak2 sambil melayan Lawak Ke Der sampai lah ke malam... Sebelum berangkat pulang, kami sempat dinner bersama-sama di kedai mamak berdekatan kediaman mereka. Malam tu, si Azmer kena bertugas.... masa nak hantar si Shakira pulang... hujan turun selebat-lebatnye... tak jadi kami nak sambung lepak malam tu... Insya Allah, next time kita sambung lagi....











Sekali tengok mcm FT... dua kali tengok mcm Ajmain... Apapun, ko tetap Bob!





Selasa, 13hb March 2012.... kira2 jam 7.00 malam, aku dijemput oleh darlingku di pejabat. Malam tu, mmg saja suruh wife aku jemput aku sbb kami berdua perlu memenuhi jemputan sahabat lamaku yg agak lama jugak kami tak berjumpa.... Rakan yg dimaksudkan adalah Alan (bukan nama sebenar)... Petang tu, kakak & abang ipar Alan baru aje pulang dari Tanah Suci... bagi menyambut kepulangan mereka, Alan dan keluarganya turun dari Johor dan bertandang di kediaman kakaknya di Bukit Jelutong. Kami berdua turut dijemput hadir bagi meraikan kepulangan mereka di sana. Rupanya, kami tetamu pertama yg tiba. Sebaik selesai aje dinner, tetamu2 lain pun mula sampai... Lama jugak kami luangkan masa dkt sana.. Maklumlah, lama jugak tak jumpa Alan dan keluarganya. Ibubapa Alan pun turut ada malam tu. Alhamdulillah, mereka semuanya sihat. Teringat zaman remaja dahulu... kediaman keluarga Alan adalah antara tempat aku meluangkan masa pd waktu petang. Sbb tu le hubungan kami pun dah macam keluarga... Disebabkan Alan dan Rin hanya berada di KL sehingga keesokkan harinya aje... tak sempatlah aku bawa deme jalan2 berjumpa rakan2 yg lain. Anyway, to Alan & family... Thank you for the invitation. Next time.. kalau datang KL tu.. duduk le lama2 sikit... boleh le buat road tour mengadap rakan2... umah teman pun mike tak sampai lagi... ape ke haenye yoep!






Store yg baru dibina... comelnye...



My darling bergambar kenangan bersama Azrin (wife Alan)


.

Sunday, March 11, 2012

For Sale! - Kampung Boyan



Atas sebab2 teknikal... kami terpaksa melepaskan lot bungalow kami di Kampung Boyan, Taiping. Walaupun sangat berat hati kami untuk melepaskannya. Nampak gaya, mcm itulah keputusan terbaik yg boleh kami buat pada waktu ini. Kediaman ini berjaya kami beli pd tahun 2009 yg lalu. Perancangan jangka panjang, kami nak bina our dream house di tapak bungalow ini bila ada kemampuan suatu hari nanti. Rezeki, semuanya di tangan Allah. Hajat kami itu terpaksa dikuburkan dahulu buat masa ini. Menyesal pun tak guna jugak... Ini semuanya dah ketentuan Allah. Setiap apa yg kita miliki di dunia ni hanyalah sekadar pinjaman yg boleh diambil balik olehNya pada bila2 masa... Yg peting kita tabah dan redha menerima ketentuannya....


Butiran kediaman:


Bungalow lot in Kampung Boyan, Taiping

6533 sq.ft

Free Hold

Non Bumi Lot

Situated in center of Taiping town. Very near to Railway Station, Taiping Medical Center, Hospital Taiping, Hotel, HSBC Bank & Supermarket

Selling Cheap (lower than market price) @ RM140 000


Actually, aku dah iklannkan kediaman ni di Mudah.my semalam. Setakat ini, dah ramai yg call & sms. Dah 3 org datang ke kediaman tersebut utk view rumah. Cuma belum buat final decision lagi... So, kalau masih ada yg berminat... masih sempat lagi.. Sila hubungi kami dgn segera....

.

Azmer & Shakira's New Home...



Sabtu, 3rd March 2012.... Kami sepatutnye meluangkan masa bersama-sama Azmer & Shakira membanting tulang mengangkat barang utk projek pindah ke rumah baru Shakira & Azmer di Bandar Seri Damansara. Walaubagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditunda sebentar memandangkan aku terpaksa ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan khas pada hari berkenaan. Selesai di pejabat, aku terus menghubungi Azmer utk meneruskan projek spt yg dijanjikan. Pd waktu itu, sudah agak terlewat sbb deme baru aje menutup sessi projek mengangkut barang dan nak bersiap2 utk sessi makan-makan. Memandangkan tak jadi nak ke sana... aku pun mengambil ruang waktu yg ada utk selesaikan masalah tayar motosikal aku yg dah bocor....


Dahsyatnye kehidupan di Damansara Utama nie..... puas aku pusing mencari kedai motosikal... dari SS20 ke Uptown ke Taman Tun.... satu kedai motor pun tak ada.... kedai kerete aje yg berlambak-lambak. Sudahnye, singgah ke Caltex berhampiran, ambil aje no phone Din tayar bocor yg diiklankan di dinding stesyen minyak berkenaan. Lebih kurang 1 jam kemudian, si Din pun sampai ke kediaman dan masalah aku pun selesai... Alhamdulillah..... Selesai segala-galanye... kami pun berangkat pulang ke Aman Heights....


Ahad, 4th March 2012... seawal jam 10.00 pagi, kami bergrak ke workshop Seng Cheong... dah tiba masa utk di service... tgh dok drive... tiba2 aje phone aku berbunyi. Entah apa mimpi pulak si Azmer ni, tiba2 aje nak buat majlis Tahlil & baca Yaasin sempena merasmikan kediaman baru deme... Nak kejar KPI ke.... sabo ajelah...


Malam tu, kami tiba agak lewat.... sbbnye, tersedar dari lena pun dah jam 6.00ptg.... Nak kena singgah ke Damansara utk tukar kereta dahulu... Malam tu, nak pinjamkan 4wd kami kpd Azmer supaya senang dia nak angkat saki-baki barang yg masih ada di kediaman lama deme... Waktu kami tiba di kediaman baru deme... deme baru aje selesai Solat Isya' berjemaah. Habis aje doa, jamuan makan pun dimulakan... langkah kanan tu... (tak senonoh betul).... sabo ajelah.... Selesai makan & borak2 kejap... kami pun beransur pulang sbb nak sediakan diri utk rutin hari kerja keesokan harinye...


Buat Shakria & Azmer... tahniah! Perfect choice... aku mmg suka rumah baru ko org... Insya Allah, kome siap aje makanan banyak2... lepas ni kita org akan selalu melawat ko org....





.