Sunday, June 17, 2012

Kunjung Mengunjung...


12 May 2012 (Sabtu) yang lalu, kami berkesempatan mengunjungi kediaman sepupu merangkap sahabat baik kami, Shakira & Azmer... sempena ulang tahun kelahiran darlingku... kami buat buat sambutan secara kecil-kecilan bersama-sama mereka... si Azmer sempat goreng bihun & kami supply pizza bagi menjayakan majlis berkenaan. Nadia, Fendi & bonda Fendi yang kebetulan sedang shopping di the curve turut meluangkan masa memeriahkan majlis berkenaan... Kediaman Shakira & Azmer sekarang dah ada penyeri... Seekor tu.. dah macam Kiki le pulak...



Ahad, 10hb June 2012... giliran si Shakira & Azmer pula mengunjungi kami di Aman Heights... mereka yang kebetulan ada urusan di Bangi, sempat singgah ke kediaman kami sewaktu dalam perjalanan pulang... sempat le dinner bersama sambil berkongsi perkembangan semasa... (gossip le tu)


Sabtu, 16hb June 2012... pagi tu sempat layan badminton dengan Mat, Kahar & Izwan... selepas 1/2jam kami di gelanggang, kami layan berborak di Anjung, Sri Serdang sambil menikmati sarapan pagi.  Sebelah petang, kira-kira jam 5.00 petang, Mat sekali lagi berkunjung ke Aman Heights... trip kali ini turut disertai oleh isteri & anak2nye serta seorang anak sedare deme... Dah lama Mat tak bawa budak2 ni mandi kolam... Aku yang dah lama tak terjun turut sama meluangkan masa bersama-sama mereka di swimming pool. Lepas selesai minum petang bersama-sama, Mat sekeluarga mengundur diri...


Sebelah malamnya pula, kediaman kami menerima tetamu dari Penang.... Azura & Salleh yang sedang dalam road tour pengantin baru...  Mereka yang tiba lebih kurang jam 9.30 malam terpaksa dinner agak lewat memandangkan kami tak prepare dinner lebih awal sbb ingatkan deme nak datang esok & kami masih kekenyangan minum petang bersama-sama Mat sebelum itu. Selesai dinner, sempat le kami luangkan masa berborak-borak di club house sambil kasi ikan makan... Ini adalah kali pertama si Salleh mengunjungi Aman Heights... Selepas selesai sarapan pagi keesokan harinya... mereka dah bergerak pulang bagi meneruskan road tour ke kediaman sedare mare yang lain pula... Tak banyak aktiviti yg dpt dijalankan bersama dlm kunjungan singkat deme kali ini...


Terima kasih kpd semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi kami... Seperti yg kami katakan, bila2 kome nak mari... roger aje.. Insya Allah, kalau tak balik ke Tepen... adale kami dkt sini.... Insya Allah, bila kami ada kesempatan.. kami akan mengunjungi kome pula... semoga amalan yg mulia ini dpt terus mengeratkan lagi silaturahim sesama kita...

Sunday, June 10, 2012

Azura's Wedding


Akhirnye... Tanggal 1hb June 2012 (Jumaat), sepupu merangkap best friend kpd darling aku... Azura, telah pun menamatkan zaman bujangnya apabila selamat di ijab kabulkan dengan jejaka pilihannya... Salleh... Sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Bukit Mertajam, aku masih berada di KL... So, tak adelah shot2 majlis berkenaan... Darlingku yang turun sana sejak hari Rabu sebelum itu sempat menghadiri majlis berkenaan memandangkan beliau dah jadi salah seorang org penting dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan si Azura ni...

Selesai bertugas, aku bergegas pulang ke Tepen. Drive seorang diri dgn keadaan radio kereta yang kurang memuaskan... mmg agak mencabar... Alhamdulillah, aku selamat tiba dan sempat dinner bersama-sama parentku di kediaman mereka. Malam tu, aku layan rancangan favorite aku... Versus (Final) yg abis lambat gile... Sabo ajelah...

Selesai aje Solat Subuh pada 2hb June 2012... aku ke Kg. Boyan utk jemput Abg Faisal yang akan menemani aku sepanjang perjalanan ke Bukit Mertajam... Alhamdulillah, kami selamat tiba di kediaman keluarga pengantin seawal jam 7.30 pagi. Selepas breakfast... sempat le rehat2 kejap sementara menunggu majlis bermula.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, majlis dimulakan dengan majlis Tahlil yang dijayakan oleh ahli2 keluarga & ahli-ahli Qariah Tmn Alma Jaya... Selesai Tahlil, para jemputan mula menjamu selera... Hidangan majlis mmg sangat menyelerakan... yang paling tak boleh lupa adalah keenakan teh tarik yang setanding dgn teh tarik dkt Restoran Ismail TTDI.... Hampir jam 2.30 ptg, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Pengantin lelaki telah dibawa dengan Mini Cooper S... udah macam Italian Job pulak... Selain makanan yang disediakan oleh pihak catering, pihak keluarga pengantin juga sempat menyediakan juadah tambahan yang berupa Bihun Sup dan Laksa... Majlis kali ini agak simple memandangkan ramai org2 kuat majlis yg tak dapat hadir terutamanya Abg Nasir & Abg Bad... kalau tak, pasti majlis akan lebih meriah dgn sentuhan dekorasi dan masakan Abg Nasir serta persembahan muzik iringan dan pencak silat anak2 Abg Bad...

Selesai majlis... kami sempat bawa pengantin dan brother photographer ke Stadium Batu Kawan utk outing photo shoot sebelum pulang ke hotel utk charge battery masing2...


Persiapan Majlis:



Hantaran utk Pengantin lelaki:








Majlis Tahlil:




Sewaktu majlis berlangsung (2hb June 2012):










Shot terbaik majlis pertama : Potrait Aminuddin



Ahad, 3hb June 2012... pagi tu aku sempat hantar kereta pergi car wash... maklumlah... nak join rombongan pengantin.... Selesai di car wash, kami pun bersiap2 nak check out dari hotel. Siap sempat beli food utk Bob, street dog yang setia menjadi pengawal tak berbayar dkt hotel tu. Setibanya di rumah pengantin... deme semua pun tengah bersiap2... sementara deme bersiap, sempat le aku singgah Solat dkt Masjid Tmn Alma Jaya... Lebih kurang jam 2.30 ptg, rombongan pun bergerak ke rumah pengantin lelaki. Majlis di kediaman pengantin lelaki... food dia lagi best... cuma tak ada teh tarik aje... Selesai sessi fotografi, lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun berangkat pulang ke Tepen... Buat Salleh & Azura, welcome to the club... Semoga berbahagie hingge ke akhir hayat.... 







best shot majlis kedua: Press conference Bersih 4.0

.