Saturday, November 10, 2012

Aidiladha 2012


Jika Aidilfitri 2012 kami menjadi antara orang terakhir yang pulang ke kampung... Untuk Aidiladha 2012, kami berpeluang menjadi orang pertama yang tiba di kampung halaman... memandangkan aku masih lagi dalam tempoh persaraan sementara dan darling aku pula berjaya mengambil cuti panjang... kami pun menggunakan kesempatan tersebut untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga di Tepen...

Rabu, 24 Oct 2012... kami selamat tiba di kampung halaman seawal jam 10.00++ pagi... Alhamdulillah, perjalanan kami lancar sbb pagi tu org masih sibuk berkerja... Lepas check in di Kg. Boyan bersama-sama Koko... sebelah petangnya kami bergerak ke kediaman abang aku untuk melihat sendiri anak buah terbaru... Ammar Zafran Bin Azrul Nizam.





 Dina bersama adik kesayangannya...

 Antara kolek Ultraman milik D'boy...


Khamis, 25 Oct 2012... Malam tu kami menerima kedatangan lembu yang hendak dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut keesokan harinya. Alhamdulillah, kediaman kami dipilih sebagai lokasi perlaksanaan ibadah korban untuk seekor daripada beberapa ekor lembu yang diuruskan oleh pejuang-pejuang Islam Kampung Boyan. Walaupun kebanyakkan tempat menjalankan ibadah berkenaan pada hari Sabtu, ibadah korban di kediaman kami akan dilaksanakan selepas solat Jumaat pada Hari Raya pertama.

 Ketibaan lembu yang dinantikan..


Jumaat, 26 Oct 2012... tibalah hari yang dinanti-nantikan... Perkara pertama yang aku buat sebelum ke Masjid pagi tu... melihat keadaan lembu yang akan dikorbankan... Selesai Solat Sunat Aidiladha... aku & darling bergegas ke kediaman Opah di Simpang bagi merikan Hari Raya di sana sebelum kembali ke Kampung Boyan utk urusan seterusnya... Dah alang2 ramai yang akan berkunjung ke kediaman bagi menyempurnakan ibadah korban, kami mengambil peluang yang ada untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan untuk menjamu tetamu yang hadir... Terima kasih juga diucapkan buat Uncle Halim sekeluarga yang sempat turun ke majlis berkenaan walaupun masih dalam kepenatan selepas berjam2 menempuh perjalanan untuk sampai ke Tepen...

 Alhamdulillah... ok je...

 test shot.. ketika mengajar si Fandi main camera...

 Anak2 buah Pak Ngah... Dina, Amar & Izzafri...

 Antara tetamu terawal yang hadir...




 Tetamu khas.. Aunty Siti, Shakira & Azmer...

 Gotong Royong bersama pejuang2 Islam Kg. Boyan...



 Master Chef juadah kenduri.. Kak Saira & Tok Mami..

Anak buah yang turut membantu.. Dina & Dainel...


Sebelah malamnya pula... kami sempat bersama-sama familyku & family Uncle Halim melayan Hantu Kak Limah dengan si Dboy & Dina... Keesokan paginya, sempatle breakfast bersama-sama mereka sebelum Uncle Halim & family meneruskan road tour deme ke Sungai Siput...

Bergambar kenangan sebelum mereka berangkat...


Selepas Isyak, 27 Oct 2012, kami berpeluang menghadiri forum perdana berkenaan Tuntutan Qurban di Surau Simpang Bakti yang disampaikan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Yg. Bhg. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Yg. Bhg. Ustaz Idris Ahmad....


Ahad, 28 Oct 2012... memandangkan kebanyakkan ahli keluarga masih bercuti... sebelah malam tu kami sempat buat makan besar bersama keluarga di Kampung Boyan... Kami berangkat pulang ke KL selepas solat Isyak pada hari Selasa, 30 Oct 2012... Hari Rabu tu aku nak buat persediaan utk memulakan kerjaya baru di tempat baru pada 1 November 2012....



No comments:

Post a Comment